Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT DILANGGAR KERETA KETIKA BERI LALUAN KEPADA AMBULANS

DALAM NEGARA

PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT DILANGGAR KERETA KETIKA BERI LALUAN KEPADA AMBULANS

Tindakan murni seorang penunggang p-hailing memberi laluan kepada ambulans dalam kecemasan bertukar tragedi apabila dia maut dilanggar sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Padang Jambu, di sini, pagi tadi.

Sumber gambar: IPD Melaka Tengah

MELAKA: Tindakan murni seorang penunggang p-hailing memberi laluan kepada ambulans dalam kecemasan bertukar tragedi apabila dia maut dilanggar sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Padang Jambu, di sini, pagi tadi.

Pasukan perubatan mengesahkan mangsa Hilmi Saleh, 31, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata nahas kira-kira jam 9.50 pagi itu membabitkan dua kereta dan sebuah motosikal.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian sebuah kereta Honda Civic dipandu seorang wanita berusia 50 tahun sedang bergerak dari arah Ayer Keroh menghala ke bandaraya Melaka.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kemalangan, datang sebuah kereta Proton Wira dipandu lelaki berusia 65 tahun dan mangsa yang menunggang Yamaha 135LC dari sebelah kanan jalan melintas jalan untuk memberi laluan kepada ambulans dari arah sama.

“Akibatnya pemandu Honda Civic yang sedang bergerak lurus ketika lampu isyarat hijau tidak sempat mengelak lalu berlanggar dengan motosikal mangsa dan Proton Wira.

“Pelanggaran menyebabkan penunggang motosikal maut di tempat kejadian,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Christopher berkata, pemandu Honda Civic yang juga jurujual insurans mengalami sakit pada leher dan dirawat di zon kuning Hospital Melaka manakala pemandu Proton Wira pula hanya cedera ringan.

Beliau berkata, mayat dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk dibedah siasat dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading