Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KEBANYAKAN JEMAAH HAJI MENINGGAL DUNIA TIADA PERMIT VISA HAJI

UTAMA

KEBANYAKAN JEMAAH HAJI MENINGGAL DUNIA TIADA PERMIT VISA HAJI

Difahamkan jemaah terlibat tidak mendapat permit yang sah untuk menunaikan haji menyebabkan mereka terdedah dengan cuaca yang terik tanpa penginapan, makanan, atau perkhidmatan dan pengangkutan sepanjang di tanah suci.

Sumber Gambar: AFP

JEDDAH: Kebanyakan jemaah haji yang meninggal dunia pada musim 1445H/2024M adalah mereka yang masuk ke Arab Saudi tanpa visa haji.

Wartawan TV AlHijrah yang berada di Arab Saudi mendapat laporan daripada pegawai beberapa negara yang memaklumkan mereka telah tiba di Arab Saudi beberapa bulan sebelum ibadah haji bermula.

Menurut Kementerian Luar Negeri, Migrasi, Luar Negara Tunisia, kebanyakan jemaah mereka meninggal dunia menggunakan visa pelancongan, lawatan atau umrah. 

Pengarah Operasi dan Hal Ehwal Konsular di Kementerian Luar Negeri dan Ekspatriat Jordan, Dr. Sufyan Qudrah memaklumkan perkara yang sama, di mana semua jemaah haji negara itu yang meninggal dunia atau hilang bukan sebahagian daripada delegasi rasmi mereka.

Katanya, kesemua mereka telah memasuki Arab Saudi dengan visa pelancongan dan tanpa permit haji.

Difahamkan jemaah terlibat tidak mendapat permit yang sah untuk menunaikan haji menyebabkan mereka terdedah dengan cuaca yang terik tanpa penginapan, makanan, atau perkhidmatan dan pengangkutan sepanjang di tanah suci.

Strok haba dan berjalan di laluan yang sesak di kawasan yang tidak ditetapkan untuk pejalan kaki menjadi faktor kematian jemaah haji.

Musim haji pada tahun ini menyaksikan peningkatan yang ketara jumlah jemaah yang menunaikan ibadah haji dengan suhu panas sehingga mencecah hampir 50 celcius di kota Makkah.

Pihak berkuasa Arab Saudi juga melaporkan telah merawat lebih 2,000 jemaah yang mengalami tekanan haba, setakat Ahad lalu.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading