LIMA ANGGOTA KELUARGA SUSPEK SERANGAN BALAI POLIS ULU TIRAM DIDAKWA
Radin Imran juga didakwa dengan tiga lagi pertuduhan memberi sokongan kepada perbuatan pengganas dengan menyimpan empat pucuk senjata api jenis senapang angin (buatan sendiri) untuk menjalankan aktiviti IS; berbaiah kepada pemimpin kumpulan pengganas berkenaan iaitu Abu Bakar Al-Baghdadi; dan memiliki sebuah buku yang berkaitan dengan IS.
Lima anggota keluarga suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram bulan lepas sehingga mengakibatkan kematian dua anggota polis dan seorang lagi cedera, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan berkaitan keganasan. –foto BERNAMA
JOHOR BAHRU: Lima anggota keluarga suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram bulan lepas sehingga mengakibatkan kematian dua anggota polis dan seorang lagi cedera, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan berkaitan keganasan.
Pertuduhan terhadap Radin Imran Radin Mohd Yassin, 62, Radin Romyullah Radin Imran, 34, Rosna Jantan, 59, Farhah Sobrina Radin Imran, 23, dan Mariah Radin Imran, 19, dibacakan di hadapan Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim, namun tiada pengakuan direkodkan daripada kelima-lima mereka kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Radin Imran yang juga bapa suspek kejadian serangan pada 17 Mei lepas itu didakwa menggalakkan perbuatan pengganas dengan cara menanamkan fahaman ideologi keganasan yang berkait kumpulan pengganas Islamic State (IS) kepada isterinya, Rosna, dua anak lelakinya termasuk suspek yang berumur 21, dan Radin Romyullah serta dua anak perempuannya Farhah Sobrina dan Mariah.
Radin Imran juga didakwa dengan tiga lagi pertuduhan memberi sokongan kepada perbuatan pengganas dengan menyimpan empat pucuk senjata api jenis senapang angin (buatan sendiri) untuk menjalankan aktiviti IS; berbaiah kepada pemimpin kumpulan pengganas berkenaan iaitu Abu Bakar Al-Baghdadi; dan memiliki sebuah buku yang berkaitan dengan IS.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Kampung Sungai Tiram, di sini antara hujung tahun 2014 hingga 17 Mei lepas.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun beserta denda; Seksyen 130J(1) Kanun Keseksaan iaitu penjara seumur hidup atau tidak lebih 40 tahun atau denda dan dirampas harta yang digunakan; dan Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan iaitu penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda dan dilucutkan bahan dimiliki itu, jika sabit kesalahan.
Sementara itu tertuduh kedua, Radin Romyullah yang juga abang suspek pula didakwa dengan dua pertuduhan iaitu berbaiah kepada pemimpin kumpulan IS iaitu Abu Bakar Al-Baghdadi dan memiliki satu “external hard disc” yang mengandungi bahan berkaitan IS dan aktiviti kumpulan itu di lokasi yang sama.
Kesalahan itu didakwa dilakukan antara hujung tahun 2014 hingga 17 Mei lepas mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau tidak lebih 40 tahun beserta denda dan Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda jika sabit kesalahan.
Ibu suspek Rosna yang merupakan warga Singapura; kakak suspek Farhah Sobrina dan adik suspek Mariah pula didakwa masing-masing atas satu pertuduhan iaitu dengan sengaja meninggalkan daripada memberi maklumat berkenaan kesalahan berkaitan ideologi keganasan.
Ketiga-tiga mereka didakwa melakukan kesalahan itu di lokasi sama antara April 2017 hingga 17 Mei lepas mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 31 Julai depan untuk sebutan semula kes bagi lantikan peguam.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Unit Jenayah Berat, Jabatan Peguam Negara Putrajaya Mohamad Mustaffa P Kunyalam dan Fazeedah Faik, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu Kompleks Mahkamah Johor Bahru di sini dikawal ketat sekumpulan pegawai dan anggota polis dari Jabatan Penyiasatan Jenayah (CID) Polis Diraja Malaysia (PDRM) seawal pukul 8 pagi.
Dalam kejadian pada 2.45 pagi, 17 Mei lepas, Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, meninggal dunia selepas diserang oleh suspek bertopeng dan bersenjatakan parang, manakala Koperal Mohd Hasif Roslan, 38, ditembak dan dilaporkan stabil selepas dirawat di Hospital Sultan Ismail di sini. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked