Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

57 TERKORBAN RUNTUHAN SALJI DI KASHMIR

DUNIA

57 TERKORBAN RUNTUHAN SALJI DI KASHMIR

KASHMIR: Sekurang-kurangnya 57 orang terbunuh akibat runtuhan salji di Kashmir, Pakistan.

Menurut pihak berkuasa tempatan, jumlah mangsa korban dijangka terus meningkat berikutan ramai lagi yang masih hilang.

Agensi berita Reuters melaporkan bencana itu turut mengakibatkan puluhan kediaman musnah.

Kawasan Azad Jammu dan Kashmir dilaporkan paling teruk terkesan akibat runtuhan salji.

Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan memaklumkan pihak kerajaan akan menyalurkan bantuan kemanusiaan secepat mungkin kepada kawasan terjejas.

“Saya sudah mengarahkan pengurusan bencana negara, tentera dan semua menteri persekutuan untuk segera memberikan bantuan kecemasan,” kata Imran menerusi ciapan Twitternya.

Sementara itu, pihak berkuasa tempatan memaklumkan ramai penduduk kampung, terutama di kawasan Neelum, terperangkap akibat runtuhan salji yang menghalang jalan utama.

Pasukan penyelamat kini giat membantu memindahkan mangsa dan berjaya menyelamatkan lebih 50 orang.

Salji lebat turut dijangka melanda beberapa kawasan di Pakistan esok. — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading