MALAYSIA, PAKISTAN GESA TINDAKAN KONKRIT HENTIKAN PENDERITAAN DI GAZA
Malaysia dan Pakistan bersama-sama menggesa masyarakat antarabangsa mengambil tindakan konkrit bagi menamatkan penderitaan berpanjangan jutaan penduduk Palestin di Gaza.
PUTRAJAYA: Malaysia dan Pakistan bersama-sama menggesa masyarakat antarabangsa mengambil tindakan konkrit bagi menamatkan penderitaan berpanjangan jutaan penduduk Palestin di Gaza.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kedua-dua negara sepakat menggesa agar segala permusuhan dihentikan serta-merta dan akses kemanusiaan ke Gaza dipulihkan tanpa sebarang kelewatan.
“Saya amat menghargai pendirian tegas Pakistan. Di Doha, kami bersama menyatakan bahawa seruan dan kenyataan semata-mata tanpa cadangan tindakan konkrit tidak mencukupi untuk menamatkan penderitaan jutaan rakyat di Gaza dan Palestin,” katanya pada sidang media bersama Perdana Menteri Pakistan Muhammad Shehbaz Sharif di sini hari ini.
Anwar berkata, Malaysia memandang positif inisiatif keamanan 20 perkara yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, namun tetap mengekalkan beberapa kekhuatiran terhadap sebahagian kerangka cadangan tersebut.
“Sekurang-kurangnya ia menyeru supaya permusuhan dihentikan, bagi menamatkan pengeboman dan pembunuhan tidak berperikemanusiaan oleh rejim Zionis Israel di Gaza. Tuntutan ini kini jelas disuarakan oleh negara-negara Arab, negara Islam dan kebanyakan negara di dunia,” katanya.
Anwar turut menyatakan harapan agar dengan sokongan dan komitmen Amerika Syarikat serta masyarakat antarabangsa secara keseluruhan, keamanan yang berkekalan dapat dicapai.
“Insya-Allah, kita akan mencapai keamanan. Pada masa sama, akses kepada bantuan kemanusiaan amat mendesak.
“Saya tidak dapat membayangkan bahawa pada tahun 2025, selepas begitu banyak penderitaan, masih ada wanita dan bayi yang dibom serta dibunuh. Ini benar-benar tidak masuk akal.
“Pendekatan bersama kita dalam menyokong inisiatif keamanan diharap dapat membawa kita lebih hampir ke arah keamanan yang adil dan berkekalan,” katanya.
Mengenai Asia Selatan, Anwar turut mengulas ketegangan serantau antara Pakistan dan India, sambil menekankan kepentingan kerjasama dalam memerangi keganasan serta memupuk kestabilan di rantau berkenaan.
“Adalah penting bagi rantau ini untuk bersatu dan bekerjasama dalam usaha menentang keganasan,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests