FREEDOM FLOTILLA COALITION DISASAR MASUK ZON KUNING ESOK – MYCARE
Misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) yang kini dalam pelayaran ke Gaza dijangka memasuki zon kuning pada Selasa.
Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata sasaran itu ditetapkan bagi membolehkan misi membabitkan sembilan kapal termasuk kapal utama Conscience dan kapal pelayaran Umm Saad, tiba di Gaza sebelum hujung minggu.
SERDANG: Misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) yang kini dalam pelayaran ke Gaza dijangka memasuki zon kuning pada Selasa.
Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata sasaran itu ditetapkan bagi membolehkan misi membabitkan sembilan kapal termasuk kapal utama Conscience dan kapal pelayaran Umm Saad, tiba di Gaza sebelum hujung minggu.
Beliau berkata pihaknya berusaha mengelak ketibaan pada hujung minggu iaitu Jumaat dan Sabtu memandangkan hari berkenaan merupakan cuti di Israel, yang boleh menyukarkan akses kepada bantuan guaman sekiranya misi peserta dihalang.
“Jadi, mereka akan cuba tiba sebelum itu, bila sampai Rabu, jika misi dipintas dan dibawa ke pelabuhan, peguam akan sampai dan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan akses kepada peserta misi,” katanya pada sidang media di ibu pejabat MyCARE di sini hari ini.
Kamarul Zaman berkata setakat 2.20 pagi (waktu Malaysia), jarak kapal Conscience ke Gaza kurang daripada 250 batu nautika dan pihaknya menganggarkan mereka memasuki zon kuning dalam tempoh kurang 24 jam.
Beliau berkata kapal Conscience yang membawa sembilan delegasi Malaysia sedang mengatur strategi memperlahankan pelayaran bagi menunggu lapan kapal layar lain termasuk kapal Umm Saad yang membawa seorang delegasi negara ini untuk bergabung sebelum bersama-sama menuju ke zon kuning.
Kamarul Zaman berkata beliau turut dimaklumkan oleh ketua delegasi Malaysia di atas kapal ConscienceProf Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali mengenai kehadiran beberapa dron yang berlegar di atas kapal dipercayai bertujuan menakut-nakutkan peserta misi.
“Delegasi Malaysia di atas kapal Conscience juga membuat penstriman langsung bersama pihak hospital Al-Awda di Gaza yang melaporkan situasi di klinik mereka sangat kekurangan peralatan dan bekalan perubatan.
“Mereka terpaksa menggunakan kaedah konvensional dalam merawat pesakit selain menggunakan kreativiti untuk ubah suai peralatan perubatan sedia ada,” katanya.
Misi FFC kali ini menyaksikan lapan wakil Malaysia berada dalam kapal Conscience yang berlepas dari Porto Otranto, Itali pada 30 Sept lepas diketuai Mohd Alauddin, tiga doktor iaitu Dr Fauziah Mohd Hassan, Dr Hafiz Sulaiman dan Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi; dua pensyarah Prof Dr Mohd Afandi Salleh dan Dr Noorhasyimah Ismail; Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE Norsham Abu Bakar dan wartawan Astro Awani Syafik Shukri Abdul Jalil.
Seorang lagi wakil Malaysia, Dr Maziah Muhammad berada di kapal Umm Saad yang berlepas dari Catania, Sicily pada 27 Sept bersama tujuh kapal layar lain menuju Gaza.
Secara keseluruhan, misi FFC kali ini disertai kira-kira 150 peserta dari 25 negara dengan MyCARE mengetuai delegasi Malaysia.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests