AKTIVIS TURKIYE DEDAH GANGGUAN, PENDERAAN & RASIS DALAM TAHANAN ISRAEL
Hasmet Yazici berkata kapalnya dibom oleh dron di perairan terbuka, menyebabkan kecederaan fizikal dan kerosakan pada layar. Bot penyerang Israel mengganggu kapal itu dan cuba menenggelamkannya sebelum komando Israel menaiki dan mengambil alih kawalan.
ISTANBUL: Aktivis Turkiye yang menyertai Global Sumud Flotilla memberi keterangan mengenai penderaan fizikal dan psikologi, penghinaan perkauman serta gangguan oleh Israel selepas mereka ditahan secara tidak sah di perairan antarabangsa, ketika pendakwa Turkiye meneruskan siasatan terhadap serangan itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Sebuah pesawat yang membawa aktivis flotila bantuan itu yang diserang dan ditahan oleh Israel tiba di Lapangan Terbang Istanbul pada Sabtu.
Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Ramon di Eilat, Israel, dan tiba pada 3.50 petang waktu tempatan (1250GMT).
Seramai 137 orang daripada flotila kemanusiaan, termasuk 36 warganegara Turkiye dan 23 rakyat Malaysia, tiba dengan penerbangan itu.
Selepas dipindahkan dari Israel ke Istanbul, aktivis dibawa ke Institut Perubatan Forensik Istanbul untuk pemeriksaan kesihatan sebelum memberikan keterangan sebagai saksi kepada pendakwa raya.
Hasmet Yazici berkata kapalnya dibom oleh dron di perairan terbuka, menyebabkan kecederaan fizikal dan kerosakan pada layar. Bot penyerang Israel mengganggu kapal itu dan cuba menenggelamkannya sebelum komando Israel menaiki dan mengambil alih kawalan.
Yazici menceritakan yang aktivis dipaksa duduk di atas lantai konkrit selama tiga jam di pelabuhan Ashdod dengan tangan bergari ke belakang dan kepala ditekan ke tanah.
“Apabila warga emas dan mereka yang lemah cuba mengubah posisi, mereka disepak ke tanah, digari dalam posisi sujud dan dibiarkan menunggu satu hingga dua jam,” katanya.
Beliau juga berkata apabila mereka mahu memberikan keterangan dalam bahasa Turkiye, seorang pegawai keselamatan wanita berkata: “Orang Turkiye kotor, kamu memang berbau busuk.”
Apabila aktivis menuduhnya bersikap perkauman, mereka diugut oleh pegawai Israel.
“Mereka tanya kenapa kami masuk wilayah Israel tanpa izin. Saya jawab, ‘Kami tak masuk wilayah kamu, kamu yang tangkap kami di perairan antarabangsa.’
“Mereka tanya kenapa kami ke Gaza. Saya kata ada pembunuhan beramai-ramai di sana, mereka bunuh kanak-kanak dan kami bawa bantuan kemanusiaan, mengikut undang-undang antarabangsa,” kata Yazici.
Beliau berkata mereka cuba memaksanya menandatangani tiga dokumen dalam bahasa Ibrani, tetapi beliau enggan kerana tidak memahami bahasa itu.
Bekir Develi pula berkata aktivis turut didera secara fizikal dan mental oleh tentera Israel.
Beliau berkata tangannya digari terlalu ketat hingga lebam. Mereka hanya diberikan makanan selepas dua hari dan tiada air minuman selama empat hari. Apabila mereka meminta air, mereka dipukul.
“Apabila kami cuba menunaikan solat, mereka ganggu,” katanya, sambil menjelaskan barangan peribadinya, termasuk wang tunai, dicuri oleh tentera Israel.
Mesut Cakar pula berkata selepas ditahan dan tiba di pelabuhan, mereka dipaksa menunggu kira-kira sejam dalam keadaan digari ke belakang dan kepala menyentuh asfalt panas.
Beliau berkata semasa mereka menunggu itu, seorang rakannya, Mustafa Cakmakci, patah lengannya.
“Mereka tak layan warga Eropah sedemikian. Hanya rakyat Turkiye sahaja yang diperlakukan secara menghina. Beberapa barang saya juga dicuri,” katanya.
Cakar berkata mereka diangkut dalam kenderaan polis yang sempit seperti sangkar selama dua jam sebelum dibawa ke penjara Israel, yang mereka ditahan dalam keadaan serupa selama dua hingga tiga jam, tanpa air dan dipaksa minum dari paip tandas selama tiga hari ditahan.
Beliau juga berkata seorang rakyat Australia disoal siasat dan diserang secara fizikal.
“Dua aktivis yang ada asma sukar bernafas, tapi mereka tak diberi sebarang ubat. Kami juga dibangunkan setiap dua jam dan dipindahkan ke lokasi penjara yang berbeza,” kata Cakar.
Beliau mendakwa Menteri Keselamatan Negara Israel Itamar Ben-Gvir melawat penjara tersebut, selepas itu aktivis dipisahkan dan dimasukkan ke dalam sangkar dan sel. Mereka kerap dipindahkan dari satu tempat ke tempat lain.
“Mereka ketawa sambil merokok di depan kami dan ambil gambar serta rakaman video, seolah-olah mengejek,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests