PAKISTAN HANTAR 200 TAN BANTUAN BAHARU KE GAZA DI TENGAH SEKATAN MAKANAN OLEH ISRAEL
Pakistan akan menghantar 200 tan bantuan kemanusiaan baharu ke Semenanjung Gaza ketika rejim Zionis Israel terus mengenakan sekatan makanan ke atas penduduk Palestin, satu keadaan yang disifatkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa sebagai “senario kebuluran terburuk abad ini.”
NEW DELHI: Pakistan akan menghantar 200 tan bantuan kemanusiaan baharu ke Semenanjung Gaza ketika rejim Zionis Israel terus mengenakan sekatan makanan ke atas penduduk Palestin, satu keadaan yang disifatkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa sebagai “senario kebuluran terburuk abad ini.”
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Pakistan Ishaq Dar berkata Perdana Menteri Shehbaz Sharif telah meluluskan penghantaran dua konsainan makanan dan bekalan kemanusiaan penting ke Gaza.
“Situasi makanan dari sudut kemanusiaan di Gaza amat menyayat hati dalam beberapa hari kebelakangan ini dan penduduk, khususnya wanita serta kanak-kanak meninggal dunia akibat kelaparan,” kata Dar menerusi hantaran di platform X pada Selasa malam.
Dar, dalam perjalanan pulang ke Islamabad melalui Istanbul selepas menyertai sesi Majlis Keselamatan PBB, turut membincangkan situasi malapetaka di Gaza bersama Shehbaz.
“Gaza kini berada di ambang kebuluran,” katanya.
“Masyarakat antarabangsa mesti bertindak segera bagi memastikan akses tanpa halangan kepada makanan dan bantuan menyelamatkan nyawa. Pakistan teguh bersolidariti menyokong rakyat Palestin,” tegas Dar.
Tindakan beberapa negara menggugurkan bantuan dari udara secara sporadik di wilayah Palestin yang diduduki, yang terus diserang tentera Israel, turut dikritik sebagai “gangguan” dan “helah” untuk membolehkan rejim Zionis meneruskan pembunuhan beramai-ramai dan sekatan ke atas Gaza.”
Pakar keselamatan makanan yang disokong PBB pada Selasa berkata dua daripada tiga ambang kebuluran telah dicapai di Gaza, iaitu penurunan mendadak dalam pengambilan makanan dan kekurangan zat makanan akut.
“Ia jelas malapetaka yang berlaku di hadapan mata kita, di hadapan skrin televisyen kita,” kata Pengarah Kecemasan Program Makanan Sedunia (WFP) PBB, Ross Smith, kepada media di Geneva.
“Ini bukan sekadar amaran, ini adalah seruan untuk bertindak. Keadaan ini tidak pernah kita saksikan sepanjang abad ini,” katanya.—AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.