Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GEMPA BUMI KUAT DI RUSIA, TIADA ANCAMAN TSUNAMI KEPADA MALAYSIA

DALAM NEGARA

GEMPA BUMI KUAT DI RUSIA, TIADA ANCAMAN TSUNAMI KEPADA MALAYSIA

Tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia susulan gempa bumi kuat yang melanda luar pantai timur Kamchatka, Rusia, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan gempa pada 7.24 pagi ini waktu Malaysia berlaku pada jarak 107 kilometer (km) Tenggara dari Petropavlovsk Kamchatskiy, Rusia dengan kedalaman 42 km.

Sumber: MetMalaysia

KUALA LUMPUR: Tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia susulan gempa bumi kuat yang melanda luar pantai timur Kamchatka, Rusia, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan gempa pada 7.24 pagi ini waktu Malaysia berlaku pada jarak 107 kilometer (km) Tenggara dari Petropavlovsk Kamchatskiy, Rusia dengan kedalaman 42 km.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bermagnitud 8.7 itu berlaku 126 km ke timur-tenggara Petropavlovsk-Kamchatsky.

Media antarabangsa melaporkan beberapa negara mengeluarkan amaran tsunami susulan gempa itu antaranya Jepun, Amerika Syarikat, Filipina dan Indonesia.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading