Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PESARA POLIS DIARAH BELA DIRI ATAS PERTUDUHAN EDAR KANABIS

DALAM NEGARA

PESARA POLIS DIARAH BELA DIRI ATAS PERTUDUHAN EDAR KANABIS

Mahkamah Tinggi Seremban hari ini memerintahkan seorang pesara polis berpangkat Sarjan Mejar membela diri atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 573.6 gram, tiga tahun lepas.

Sumber: BERNAMA

SEREMBAN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan seorang pesara polis berpangkat Sarjan Mejar membela diri atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 573.6 gram, tiga tahun lepas. 

Hakim Datuk Rohani Ismail membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Aminuddin Amir, 66. 

Tertuduh memilih untuk memberikan keterangan bersumpah di kandang saksi dan mahkamah kemudian menetapkan 2 dan 3 Oktober untuk prosiding bela diri.

Dia didapati mengedar kanabis seberat 573.6 gram di pondok belakang rumah di Batu Kikir, Jempol pada 14 Sept 2022.

Pertuduhan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dikenakan hukuman mati boleh dikenakan tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rasyidah Murni Adzmi dan peguam G. Subramaniam Nair mewakili tertuduh.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading