Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

QARI MALAYSIA AIMAN RIDHWAN RANGKUL KEJUARAAN DI PAKISTAN

DUNIA

QARI MALAYSIA AIMAN RIDHWAN RANGKUL KEJUARAAN DI PAKISTAN

Qari negara, Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan, muncul juara dalam 1st International Qira’at Competition 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Islamabad, Pakistan.

Sumber: JAKIM

ISLAMABAD: Qari negara, Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan, muncul juara dalam 1st International Qira’at Competition 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Islamabad, Pakistan.

Pertandingan anjuran Government of Pakistan Ministry of Religious Affairs itu diadakan dari 24 hingga 27 November, menghimpunkan penyertaan Qari dari seluruh dunia.

Menurut hantaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Facebook, Aiman menewaskan peserta dari Iran yang berada di tempat kedua, manakala peserta tuan rumah, Pakistan meraih tempat ketiga.

Sebagai juara, Aiman membawa pulang hadiah wang tunai lima juta rupee, diikuti tempat kedua (tiga juta rupee) dan tempat ketiga (dua juta rupee).

Aiman sebelum ini turut mengharumkan nama negara apabila muncul juara kategori tilawah lelaki pada Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-65 di Kuala Lumpur, Ogos lalu. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading