PM ANWAR UMUM JAWATAN BAHARU TENGKU ZAFRUL PADA 3 DISEMBER
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang akan menamatkan tugas sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berkuat kuasa esok, akan diberikan jawatan baharu.
KUALA LUMPUR: Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang akan menamatkan tugas sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berkuat kuasa esok, akan diberikan jawatan baharu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu akan diumumkan beliau pada 3 Disember susulan perbincangan beliau dengan Tengku Zafrul mengenai kesinambungan tanggungjawab selepas tidak lagi menerajui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
“Saya juga mengambil kesempatan ini kerana Tengku Zafrul tidak lama di sini. Dia masih ada tanggungjawab dan dia tidak boleh melepaskan begitu saja. Saya memberitahu dia mengakhiri tugas sebagai Menteri MITI pada 2 Disember dan akan meneruskan kerja yang akan saya umumkan pada 3 Disember.
“Ini juga memberikan isyarat selain daripada penghargaan kerana saya tahu apa yang dia lakukan dalam mengembangkan jaringan perdagangan antarabangsa,” kata beliau semasa berucap pada majlis peluncuran kenderaan elektrik bateri pertama Perodua, QV-Edi sini hari ini yang turut dihadiri Tengku Zafrul.
Anwar yang juga Menteri Kewangan menyifatkan peranan Tengku Zafrul dalam mengemudi MITI, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) sebagai sangat membanggakan.
“Saudara semua tahu dalam satu, dua tahun ini, saya banyak juga menjalankan tugas di luar negara, dan peranan MITI dan keluarga MITI, MIDA, MATRADE, semua di bawah pimpinan beliau sangat membanggakan dan menampakkan kejayaan baik.
“Jadi kita seperti biasa kalau ada ruang, orang-orang yang mempunyai prestasi seperti Tan Sri Asmat Kamaludin, (iaitu) Ketua Setiausaha MITI dahulu, dia tidak boleh lepas. Dia tidak boleh lari daripada tanggungjawab berterusan, dia tidak ada pencen, dia terus jadi (seperti) Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad,” kata Anwar.
Sementara itu, mengulas mengenai laporan bahawa China memberi amaran kepada Malaysia dan Kemboja berhubung perjanjian perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS), Anwar menegaskan tiada sebab untuk khuatir memandangkan Malaysia telah memberi penjelasan yang sewajarnya kepada Beijing.
“Tidak, tidak. Mereka hanya mahu penjelasan, dan kita sudah berikan.
“Saya rasa kita tidak patut menyesal. China masih merupakan pasangan perniagaan yang sangat penting. Ada beberapa penjelasan yang kita telah berikan sebenarnya,” kata Perdana Menteri.
Anwar turut menjelaskan bahawa perkara itu telah dibincangkan beliau dengan Perdana Menteri China Li Qiang.
“Sebenarnya, saya juga telah menjelaskan kepada Li Qiang bahawa tidak ada apa-apa dalam perjanjian (dengan AS) yang menghalang kita daripada terus memperkukuh kolaborasi dengan China,” kata Perdana Menteri.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests