ZARA QAIRINA ADU GANGGUAN SEKSUAL SEAWAL SEBULAN BERSEKOLAH – GURU DISIPLIN
Mahkamah Koroner Kota Kinabalu hari ini diberitahu bahawa Zara Qairina Mahathir pernah membuat aduan berkaitan gangguan seksual yang didakwa berlaku ketika pelajar Tingkatan Satu itu tidur di bilik asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha di Papar.
KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu bahawa Zara Qairina Mahathir pernah membuat aduan berkaitan gangguan seksual yang didakwa berlaku ketika pelajar Tingkatan Satu itu tidur di bilik asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha di Papar.
Penolong Ketua Guru Disiplin Nurul Syahadah Ibrahim, 38, berkata unit disiplin menerima aduan itu pada 14 Mac iaitu sebulan selepas pelajar tersebut mendaftar di sekolah berkenaan.
“Ya, Zara Qairina pernah membuat aduan mengenai gangguan seksual yang didakwa dilakukan oleh seorang pelajar Tingkatan Dua ketika dia sedang tidur… Zara Qairina mendakwa pelajar itu menghidu bahagian sulitnya… bagaimanapun, hasil siasatan mendapati pelajar itu hanya menghidu selimut yang dipakai Zara Qairina sebelum membawanya untuk dicuci.
“Selepas mengambil keterangan bertulis serta menemu bual setiap pelajar terlibat, unit disiplin mendapati insiden itu berpunca daripada salah faham, dan pelajar berkenaan tidak berniat selain bergurau… saya sendiri meminta pelajar itu membuat demonstrasi bagaimana dia menghidu selimut tersebut,” katanya.
Saksi ke-54 itu berkata demikian ketika disoal peguam Datuk Ram Singh, yang mewakili seorang daripada lima remaja iaitu tertuduh dalam kes buli membabitkan arwah, pada prosiding inkues di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.
Ketika ditanya Ram Singh sama ada beliau mempercayai demonstrasi yang dibuat oleh pelajar Tingkatan Dua berkenaan, Nurul Syahadah menjawab: “Ya, benar.”
Ditanya sama ada beliau tidak mempercayai aduan Zara Qairina, saksi itu berkata unit disiplin memerlukan keterangan tambahan kerana ketika kejadian, pelajar Tingkatan Satu berkenaan didakwa sedang tidur.
“Kami memerlukan keterangan rakan sebiliknya, iaitu pelajar A dan pelajar Tingkatan Dua itu. Ketika itu, pelajar A sedang melipat baju,” katanya.
Berhubung dakwaan bahawa seorang senior dikenali sebagai “Kak M” pernah mengeluarkan kata-kata “kalau aku touch-touch kau ini, berdarah kau ni”, saksi berkata pelajar itu bukan seorang gengster.
Sebaliknya, beliau berkata insiden itu berlaku selepas Zara Qairina dan pelajar A didakwa melakukan “kecam badan” terhadap adik Kak M dengan memanggilnya “chipsmore” kerana remaja tersebut mempunyai tahi lalat di bahagian mulut.
Nurul Syahadah turut mengesahkan bahawa kumpulan “Circle 19” masih wujud di sekolah itu kerana ahlinya bersekolah di situ namun mereka dilarang untuk “berpuak-puak”.
Beliau juga bersetuju bahawa kumpulan itu menggunakan perkataan yang tidak senonoh terhadap pelajar lain.
Bagaimanapun, saksi itu berkata beliau tidak pasti sama ada laporan polis perlu dibuat mengenai perkara tersebut.
Pada peringkat ini, Ram Singh yang kelihatan kecewa, berkata beliau akan membuat laporan polis mengenai “Circle 19” bagi mengelakkan berlaku satu lagi kematian di sekolah berkenaan.
Beliau kemudian membuat laporan di Balai Polis Luyang dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap kumpulan itu serta sekolah berkenaan.
Zara Qairina disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth di sini pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada 4 pagi 16 Julai.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked