TAWAU: Sebanyak 62 rumah dan sebuah masjid musnah dalam kebakaran di penempatan atas air di Kampung Sri Aman 2 di sini hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Jemishin Ujin berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 7.46 pagi.
“Rumah-rumah di kawasan itu terlalu rapat antara satu sama lain dan keadaan air laut yang surut ketika itu menyukarkan pasukan bomba melakukan pemadaman, menyebabkan mereka terpaksa menarik sumber air dari pili bomba serta jalan besar yang berjarak kira-kira 180 meter,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Beliau berkata faktor angin tidak menentu juga menyukarkan pasukan bomba meramalkan pergerakan angin dan terpaksa membuat ‘fire break’ dengan merobohkan dua rumah bagi memastikan kebakaran tidak merebak ke tempat lain.
“Berikutan jambatan runtuh, pasukan bomba juga terpaksa memohon bantuan penduduk kampung untuk membantu mengangkat pam ke sebelah kampung,” katanya.
Jemishin berkata kira-kira 250 rumah berjaya diselamatkan selepas ‘fire break’ dilakukan dan operasi terkawal pada 9.20 pagi, namun kerja-kerja pemadaman bara masih dijalankan.
Kejadian katanya tidak menyebabkan kemalangan jiwa manakala punca dan kerugian sedang disiasat.
Seorang mangsa kebakaran, Wati Majuran, 30, berkata dia menyedari berlaku kebakaran apabila terdengar jeritan anaknya yang berusia empat tahun.
“Ketika itu saya sedang menyapu di bawah tangga. Anak menjerit dari atas rumah ‘ibu, ibu, api hitam’ lalu saya bergegas naik ke rumah dan melihat api marak di bahagian dapur.
“Anak yang lain pula di bilik dan ada yang masih tidur. Saya panik, hanya fikir mahu selamatkan empat anak lalu terus mengambil dokumen surat lahir mereka dan segera keluar rumah,” katanya sambil menambah suaminya tiada di rumah kerana bekerja di Kunak.
Karim Abdul, 40, seorang pekerja hotel pula berkata dia menerima panggilan telefon berkaitan kejadian ketika bekerja lalu bergegas pulang ke rumah.
“Alhamdulillah isteri dan anak-anak selamat, tetapi kami tinggal sehelai sepinggang. Api merebak sangat cepat dan pergerakan angin pun tidak menentu,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager