80 PERATUS POPULASI DEWASA LENGKAP DIVAKSINASI

KUALA LUMPUR: Populasi dewasa berjaya mencapai sasaran 80 peratus lengkap divaksinasi, hari ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah atas kejayaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) atas pencapaian tersebut.

“Tahniah! Malaysia mencapai 80 peratus populasi dewasa negara telah lengkap divaksinasi.

“Teruskan usaha kita perangi COVID-19. #LindungDiriLindungSemua ,” dalam ciapannya di Twitter, hari ini.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) akan berusaha menjejaki 20 peratus daripada baki populasi dewasa yang belum atau enggan divaksinasi.

“Walaupun sasaran awal adalah 80 peratus populasi dewasa, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) akan berusaha untuk menjejaki 20 peratus lagi yang belum atau enggan divaksinasi,” menerusi ciapan di Twitternya.—AlHijrah Online

Leave a Reply