TRAVEL BUBBLE: GENTING HIGHLANDS, PULAU TIOMAN, MELAKA BAKAL DIBUKA

KUALA LUMPUR: Genting Highlands, Pulau Tioman dan Melaka bakal dibuka bagi destinasi baharu pelaksanaan gelembung pelancongan negara atau ‘travel bubble’.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, perkara tersebut dipersetujui Mesyuarat Menteri Kuartet COVID-19 berhubung prosedur operasi standard (SOP), hari ini.

Bagaimanapun, keputusan tersebut akan diperhalusi termasuk SOP pelancongan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19, esok, yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Kita beri masa dua minggu untuk destinasi tersebut bersiap sedia untuk beroperasi semula.

“Sekiranya dibenarkan, maka pengoperasian akan bermula pada 1 Oktober, kita akan perhalusi SOP yang telah dibentangkan,” katanya, hari ini.

Jelas Nancy, kerajaan akan menambah destinasi-destinasi pelancongan lain dari semasa ke semasa, bukan sahaja di kepulauan malah untuk kawasan tanah besar.—AlHijrah Online

Leave a Reply