Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

92 WARTAWAN TERBUNUH DI GAZA SEJAK 7 OKT

DUNIA

92 WARTAWAN TERBUNUH DI GAZA SEJAK 7 OKT

Sekurang-kurangnya 92 wartawan terbunuh dalam kempen ketenteraan Israel yang berlanjutan di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt, menurut pejabat media kerajaan di Palestin pada Ahad.

Foto AFP

BANDARAYA GAZA: Sekurang-kurangnya 92 wartawan terbunuh dalam kempen ketenteraan Israel yang berlanjutan di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt, menurut pejabat media kerajaan di Palestin pada Ahad.

Mangsa terbaharu ialah wartawan Rami Badir dan Assem Kamal Musa yang terbunuh akibat serangan tentera penceroboh Israel sejak dua hari lalu, Agensi Anadolu memetik kenyataan yang dikeluarkan pejabat itu.

Bagaimanapun, pejabat itu tidak mendedahkan butiran lanjut.

“Dengan membunuh wartawan, Israel cuba untuk mengaburi naratif Palestin dan cuba menutup kebenaran tetapi ia gagal mematahkan semangat rakyat Palestin,” menurut pejabat itu.

Israel telah mengebom Semenanjung Gaza dari udara dan darat, melaksanakan kepungan dan melancarkan serangan darat sejak 7 Okt.

Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan berkata jumlah korban yang direkodkan di Semenanjung Gaza telah mencecah 18,800 orang. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading