BAPA ZAHARIF BELUM JAMAH MAKANAN SEJAK PERISTIWA HITAM
Bapa pelajar lelaki 17 tahun yang maut dilanggar kereta, Muhd Zamrie Zainal Abidin, 55, sejak peristiwa hitam itu sehinggalah hari ini tidak mampu menjamah makanan kerana sentiasa terkenang arwah anaknya Muhammad Zaharif Affendi.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri (kanan) turut membantu Muhd Zamrie Zainal Abidin, 55 yang rebah, ketika mengunjungi rumah keluarga pelajar Mohammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie yang maut akibat dilanggar sebuah kereta berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, di kediaman keluarganya di Taman Chepor Sentosa Chemor. -fotoBERNAMA
IPOH: Bapa pelajar lelaki 17 tahun yang maut dilanggar kereta, Muhd Zamrie Zainal Abidin, 55, sejak peristiwa hitam itu sehinggalah hari ini tidak mampu menjamah makanan kerana sentiasa terkenang arwah anaknya Muhammad Zaharif Affendi.
“Sampai hari ini pun, dia (Muhd Zamrie) masih belum makan apa-apa, kecuali air (minum) sahaja. Dia tidak boleh makan… apabila teringat dekat anak, dia tak mampu nak suap makanan, nasi pun tak boleh, air saja yang boleh tampung,” kata ibu mangsa, Mimi Julia Ismail, 50, kepada pemberita di rumah mereka di sini hari.
Pada 15 Dis, tular di media sosial seorang pelajar lelaki maut selepas motosikal yang dinaikinya dilanggar dan diseret sebuah kereta di Jalan Taman Jati berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, di sini dipercayai dipandu oleh seorang pegawai kanan polis berusia 44 tahun.
Kemalangan kira-kira 12.30 tengah hari itu menyebabkan mangsa Muhammad Zaharif Affendi, 17, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian dada dan abdomen.
Mimi Julia dalam sebak menyatakan beliau masih tidak dapat menerima cara arwah anaknya itu meninggal dunia.
“Saya memang tidak boleh terima anak saya mati dibunuh. Kalau dia mati kerana merempit (menunggang motosikal secara berbahaya) pun saya tak kisah, tetapi dengan niat…. kenapa dia kena langgar sampai macam itu, polis pula itu, dia tahu undang-undang,” katanya.
Sementara itu, Muhd Zamrie berkata beliau tidak boleh berada dalam situasi tertekan kerana keadaan itu boleh menyebabkan dia rebah akibat mengalami masalah kesihatan.
“Saya cerita berterus terang, saya baru sahaja lepas membuat operation bariatric, lebih kurang dalam satu tahun. Jadi masalah pemakanan saya memang kurang. Saya tak boleh di bawah tekanan, apabila bawah tekanan ataupun terlampau letih saya akan tumbang, itu sahaja,” katanya.
Petang semalam, Muhd Zamrie rebah semasa Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri tiba di kediamannya.
Beliau ditenangkan oleh Mohd Yusri serta orang sekeliling yang bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga berkenaan. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests