Connect with us

ALHIJRAH NEWS

ABANG MAUT, ADIK PATAH KAKI MOTOSIKAL LANGGAR TIANG LAMPU

DALAM NEGARA

ABANG MAUT, ADIK PATAH KAKI MOTOSIKAL LANGGAR TIANG LAMPU

KLUANG: Seorang remaja berusia 13 tahun maut manakala adiknya berumur 12 tahun patah kaki kanan dan mengalami kecederaan di muka selepas motosikal dinaiki dua beradik itu terlibat kemalangan.

Gambar kejadian yang tular.

KLUANG: Seorang remaja berusia 13 tahun maut manakala adiknya berumur 12 tahun patah kaki kanan dan mengalami kecederaan di muka selepas motosikal dinaiki dua beradik itu terlibat kemalangan.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata kemalangan berlaku selepas motosikal jenis Honda Wave dinaiki mangsa hilang kawalan lalu melanggar tiang lampu di Jalan Persiaran Taman Seri Impian, Kluang.

Dua beradik itu dipercayai dari kawasan perumahan Taman Seri Impian menghala ke Jalan Kota Tinggi – Kluang .

Mangsa maut yang tidak memiliki lesen memandu mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Adiknya yang cedera dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang untuk rawatan.

“Polis menasihatkan pengguna jalan raya lebih prihatin dan bertimbang rasa agar tidak berlaku kejadian tidak diingini.

“Ibu bapa juga dinasihatkan untuk memantau aktiviti anak-anak dan jangan benarkan mereka yang tiada lesen memandu menggunakan kenderaan,” kata Bahrin.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading