AGONG BERKENAN RASMI JAMBATAN GUAI, HARAP BAWA PEMBANGUNAN KEPADA PENDUDUK SEKITAR
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli menyempurnakan perasmian Jambatan Guai di Kampung Seberang Guai, hari ini.
BERA: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli menyempurnakan perasmian Jambatan Guai di Kampung Seberang Guai di sini, hari ini.
Seri Paduka Baginda juga berkenan supaya jambatan merentangi Sungai Pahang sepanjang 770 meter dengan jalan tuju 799 meter yang bernilai RM98.5 juta itu dinamakan sebagai Jambatan Al-Sultan Abdullah.
Al-Sultan Abdullah bertitah pembinaan jambatan itu diharapkan bukan sahaja menjadi penghubung dua tebing perairan atau pengukuh silaturahim, namun juga sebagai pembawa kemajuan ke kawasan yang dihubungkan.
“Dengan terbinanya jambatan ini, kita dapat menuju ke Chenor, dan di sana juga ada satu jambatan besar, tapi sedih sedikit (kerana) di Chenor dan kawasan sekitarnya seperti Kampung Nyak dan Kampung Pesagi tidak dapat dimajukan dengan pantas.
“Namun harap harap, dengan adanya jambatan (baru) ini, akan ada sedikit paradigma baru. Adakan usaha dan program… tentukan setiap kemudahan asas mencukupi dan ada kemudahan yang boleh menggalakkan kegiatan (seperti) pertanian. Kalau ini dapat diusahakan, Insya-Allah setiap kampung dapat dimajukan,” titah Seri Paduka Baginda.
Al-Sultan Abdullah bertitah demikian pada Titah Diraja semasa menyempurnakan Majlis Perasmian Jambatan Guai. Turut berangkat ialah Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Ahli Parlimen Bera.
Selain itu, Al-Sultan Abdullah juga menitahkan supaya pembinaan jambatan baru Temerloh dekat sini, yang sedang berjalan dapat disiapkan secepat mungkin bagi mengatasi kesibukan Jambatan Sultan Ahmad Shah.
Seri Paduka Baginda juga secara peribadi menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak terlibat dalam pembinaan Jambatan Guai, yang siap pada 30 Nov 2021 dengan kelulusan projek diperoleh pada 2016 menerusi peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Al-Sultan Abdullah bertitah Jambatan Guai dibina susulan kejadian banjir pada tahun 2014 yang telah memutuskan hubungan jalan raya sembilan kampung yang dihuni kira-kira 1,200 penduduk.
“Marilah kita menjadikan jambatan ini sebagai simbol dan mercu tanda yang menjadi bukti penghubung antara beta dengan rakyat, antara istana dengan masyarakat, kerana sesungguhnya raja itu tempatnya rakyat menumpang teduh,” titah Seri Paduka Baginda.
Selain itu, Seri Paduka Baginda juga menitahkan supaya KKDW sebagai sebuah kementerian yang menerima peruntukan yang besar, dapat memberi keutamaan kepada projek pembangunan untuk penduduk luar bandar.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests