Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AGONG ZAHIR PENGHARGAAN KEPADA KERAJAAN PULIHKAN EKONOMI DAN MEMBELA RAKYAT

DALAM NEGARA

AGONG ZAHIR PENGHARGAAN KEPADA KERAJAAN PULIHKAN EKONOMI DAN MEMBELA RAKYAT

KUALA LUMPUR: Usaha kerajaan memulihkan semula ekonomi negara dan rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19 mendapat penghargaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdulllah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baginda menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan atas pelbagai inisiatif yang telah dilakukan sepanjang negara berhadapan dengan pandemik COVID-19.

“Beta ingin merakamkan ucapan tahniah kepada kerajaan beta yang amat prihatin dalam usaha mengukuhkan semula ekonomi dan kewangan negara di samping terus membela kebajikan rakyat sepanjang negara berhadapan dengan pandemik COVID-19.

“Beta berkeyakinan pelbagai program dan inisiatif yang telah dan bakal diambil oleh kerajaan beta bakal membawa semula negara melayari kejayaan yang diimpikan,” titah baginda.

Selain itu Al-Sultan Abdulllah turut memuji semangat rakyat Malaysia sepajang negara diuji dengan pandemik yang menyerang seluruh dunia itu.

“Beta turut ingin menyampaikan terima kasih kepada seluruh rakyat malaysia yang juga telah menzahirkan ketahanan dan semangat prihatin yang cukup tinggi,” titah baginda.

Al-Sultan Abdulllah bertitah demikian pada Titah Diraja bersempena sambutan 50 tahun Rukun Negara dan Hari Kebangsaan 2020 di Putrajaya hari ini. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading