AHLI PARLIMEN PASIR SALAK POSITIF COVID-19

GAMBAR KREDIT FB DATO SRI TAJUDDIN RAHMAN

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman disahkan positif COVID-19 hari ini.

Menurut catatan di Facebook rasmi Tajuddin yang ditulis pengelola, beliau telah menjalani ujian saringan COVID-19 semalam.

“Pada mereka yang mempunyai kontak rapat dgn beliau, eloklah melakukan ujian saringan COVID-19.

“Datuk Seri Haji Tajuddin memohon maaf di atas sebarang kesulitan dan berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan beliau,” kata catatan itu.

Semalam Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz disahkan positif COVID-19.

Nazri dan Tajuddin dilapor duduk bersebelahan dalam satu sidang media pada 12 Januari lepas. – AlHijrah Online

Leave a Reply