AIDILFITRI: 2 JUTA KENDERAAN DIJANGKA GUNA SEMUA RANGKAIAN LEBUH RAYA PLUS
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan sebanyak 2 juta kenderaan akan menggunakan semua rangkaian lebuh raya kendaliannya pada hari-hari puncak bermula 20 April, sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan sebanyak 2 juta kenderaan akan menggunakan semua rangkaian lebuh raya kendaliannya pada hari-hari puncak bermula 20 April, sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Ketua Pegawai Operasi PLUS Datuk Zakaria Ahmad Zabidi dalam kenyataan di sini hari ini berkata hari-hari puncak merujuk kepada 20 hingga 21 April; 24 hingga 25 April, 29 April hingga 1 Mei serta 4 hingga 7 Mei ini.
“Ia merupakan peningkatan 20 peratus kenderaan berbanding jumlah trafik pada hari-hari biasa. Oleh itu, PLUS menyarankan agar orang ramai yang menggunakan rangkaian lebuh raya kami supaya merancang perjalanan mereka dengan baik dan pulang ke kampung lebih awal bagi mengelakkan mereka terperangkap dalam lonjakan trafik pada hari-hari puncak,” katanya.
Beliau berkata bagi menguruskan lonjakan trafik pada perayaan kali ini, PLUS telah membuat persediaan dan mengatur pelbagai strategi bagi membantu orang ramai menikmati perjalanan yang lebih selamat dan selesa di lebuh raya.
“Strategi-strategi tersebut merangkumi aspek keselamatan lebuh raya, pengurusan trafik dan kesesakan, pengagihan trafik, pengurusan trafik di plaza tol, pengurusan kemudahan di kawasan rehat, hebahan maklumat trafik dan sebagainya,” katanya.
Zakaria berkata dalam memastikan aspek keselamatan pengguna lebuh raya sentiasa berada pada tahap yang baik, PLUS juga akan terus berkolaborasi bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melaksanakan penguatkuasaan undang-undang dan advokasi di lebuh raya sepanjang musim perayaan.
Selain itu, PLUS turut menempatkan Pasukan Bantuan Kecemasan (ERT) terdiri daripada PDRM, JPJ, Angkatan Pertahanan Awam (APM), St John Ambulans dan Persatuan Bulan Sabit Merah di 11 lokasi strategik di lebuh raya membabitkan lebih 500 petugas.
“Untuk meningkatkan tahap keselamatan di rangkaian Lebuhraya PLUS termasuklah di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) pada musim perayaan ini, sebanyak 269 jumlah pasukan peronda lebuh raya merangkumi PLUS Ronda dan LPT2 Ronda ditugaskan menjalankan rondaan 24 jam sehari dan bagi membantu pengguna lebuh raya yang mengalami kecemasan atau kerosakan kenderaan. Jumlah ini merupakan peningkatan sebanyak 9.3 peratus berbanding hari-hari biasa.
“PLUS juga akan turut mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk perjalanan di Lebuhraya PLUS dalam tempoh terdekat sebagai strategi untuk mengagihkan trafik dan membantu orang ramai merancang perjalanan mereka untuk pulang ke kampung atau kembali semula ke Lembah Klang pada musim perayaan ini,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests