Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TULAR LELAKI TUKAR KOD QR DERMA, JAKIM SARAN AJK MASJID DAN SURAU BUAT SEMAKAN

DALAM NEGARA

TULAR LELAKI TUKAR KOD QR DERMA, JAKIM SARAN AJK MASJID DAN SURAU BUAT SEMAKAN

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil perhatian terhadap isu video tular yang memaparkan seorang lelaki didakwa menyalahgunakan kod QR sumbangan derma masjid atau surau.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, sekiranya perbuatan itu benar, JAKIM berpandangan bahawa perbuatan itu amatlah tidak wajar kerana mengambil kesempatan terhadap sikap murah hati umat Islam khususnya di masjid atau surau sempena bulan Ramadan yang mulia ini.

“JAKIM menyeru semua pihak terutama ahli Jawatankuasa masjid dan surau agar dapat sentiasa memantau kod QR di masjid dan surau  masing-masing agar sumbangan atau infaq tidak terlepas kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Orang ramai juga disaran untuk membuat semakan dengan teliti sebelum menyumbang melalui kod QR bagi mengelak perkara yang tidak diingini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya sekiranya merasa curiga dan ragu-ragu dengan kod QR di masjid dan surau, orang ramai disaran membuat aduan kepada pihak masjid atau surau untuk tindakan lanjut.

Sementara itu berdasarkan laporan media, kejadian tular tersebut berlaku di Jakarta, Indonesia dan suspek telah ditahan. —   AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading