Dr Mahathir (tengah) bercakap pada acara sampingan peringkat tinggi mengenai ‘Krisis Rohingya – Menuju Ke Hadapan’ yang berlangsung di ibu pejabat PBB, New York. FOTO BERNAMA
NEW YORK – Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat seruan yang tegas kepada komuniti antarabangsa supaya meletakkan krisis Rohingya tepat pada radarnya dengan tujuan bagi menyelesaikannya sekarang.
Bercakap dalam penampilan pertama sejak tiba di New York bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) Sesi ke-74, beliau berkata, adalah jelas kerajaan Myanmar tidak bersedia untuk mengambil sebarang tindakan untuk menyelesaikan krisis itu.
“Sehubungan itu, terpulanglah kepada kita, masyarakat antarabangsa
untuk melakukan sesuatu mengenai situasi ini,” kata Dr Mahathir pada
acara sampingan peringkat tinggi mengenai ‘Krisis Rohingya-Menuju Ke
Hadapan’ yang berlangsung di ibu pejabat PBB di sini Selasa.
Sebagai permulaan, beliau berkata, PBB perlu memainkan peranannya
dengan mengambil kira ia diwujudkan dengan harapan dapat menghalang
kesengsaraan perbuatan manusia di masa hadapan.
“Tetapi tindakan membisu (berhubung isu Rohingya) ini adalah
memekakkan telinga,” katanya kepada badan dunia itu yang akan mengadakan
perhimpunan tahunan minggu ini.
Dr Mahathir juga tidak menyembunyikan kata-katanya mengenai apa yang
berlaku di negeri Rakhine barat Myanmar di mana komuniti etnik Muslim
Rohingya melarikan diri beramai-ramai untuk mencari perlindungan dan
keselamatan diri..
“Marilah kita mulakan dengan bercakap yang benar. Apa yang berlaku di
negeri Rakhine ialah pembunuhan beramai-ramai, perkosaan secara
sistematik dan lain-lain pencabulan hak asasi manusia,” katanya pada
majlis itu yang turut dihadiri rakan sejawatan dari Bangladesh, Sheikh
Hasina Wazed.
Dr Mahathir berkata, ini menyebabkan etnik Rohingya melarikan diri dari negara itu secara beramai-ramai dan paling banyak berakhir di Cox’s Bazar di Bangladesh.
“Berhubung perkara ini, kami memuji Bangladesh untuk semua yang dilakukannya, dalam menjadi tuan rumah kepada lebih 1.2 juta pelarian Rohingya,” kata Dr Mahathir sambil menambah, Malaysia pada pihaknya juga berusaha untuk melakukan apa sahaja yang boleh.
Selain menghulurkan bantuan kemanusiaan, Malaysia turut mengendalikan hospital lapangan di Cox’s Bazar serta turut membenarkan penempatan hampir 100,000 pelarian Rohingya berdaftar dan ramai lagi yang tidak berdaftar.
“Walaupun bilangan ini kecil jika dibandingkan Bangladesh, banyak sumber yang didedikasikan bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan yang baik sementara menanti penempatan semula di negara ketiga. Kami akan terus membantu Rohingya berdasarkan keupayaan dan kemampuan kami,” janji beliau.
Dalam mesejnya kepada negara lain, Dr Mahathir berkata: “Kami berharap negara lain akan turut menyertai kami dan Bangladesh dalam usaha kami untuk menamatkan kesengsaraan yang menimpa etnik Rohingya. Kita harus menghentikan krisis ini dan kita harus lakukan sekarang.”
Perdana Menteri juga turut menegaskan lebih lama pelarian itu tinggal di kem sementara, keadaan mereka akan semakin terdesak.
“Oleh kerana itu, pelarian terdedah kepada sebarang bentuk eksploitasi. Mereka menjadi sasaran jenayah rentas sempadan seperti pemerdagangan orang dan hamba seks, antara lainnya. Dalam perkataan lain, mereka hanya dapat melihat masa depan yang suram,” kata Perdana Menteri.
Situasi di Myanmar, beliau berkata, tidak jauh bezanya kerana ramai
Rohingya yang ditempatkan di kem pelarian dalaman (IDP) di Rakhine.
Dr Mahathir berkata, apabila dunia menyamakan kem IDP seperti kem
tahanan terkenal di masa lampau, kerajaan Myanmar dengan segera
menafikannya.
“Malah, pihak berkuasa Myanmar menghalang akses sebahagian pegawai
PBB dan pekerja bantuan kemanusiaan. Jika Myanmar tidak mempunyai
apa-apa untuk disembunyikan, kenapa halang orang lain untuk melihat
keadaan di Rakhine? Benarkan pegawai dan pekerja bantuan ini datang
melawat, memeriksa dan membantu mereka yang tinggal di kem,” katanya.
Dr Mahathir menegaskan, Myanmar harus menunjukkan ia serius untuk mengurangkan krisis itu dan dengan itu, penghantaran balik harus menjadi keutamaan utama.
Perdana Menteri menarik perhatian peserta acara bahawa dua percubaan
telah dibuat untuk penghantaran semula sebahagian pelarian tetapi
kedua-duanya gagal.
“Alasannya jelas. Tiada siapa yang mahu kembali, jika keselamatan mereka tidak terjamin.
“Susulan itu, Malaysia akan terus mendesak penghantaran pulang
dilakukan secara selamat, sukarela dan bermaruah,” kata Dr Mahathir.
Beliau berkata, ini hanya dapat dilakukan dengan menawarkan hak kerakyatan penuh kepada Rohingya.
Bagaimanapun, pihak berkuasa Myanmar telah memanipulasi isu Rohingya untuk menghasut ketakutan, kebencian dan keganasan.
“Sehubungan itu, idea untuk menawarkan kerakyatan tidak diterima,” katanya.
Tanpa tindakan Majlis Keselamatan, beliau berkata, pihak lain harus menjalankan peranan mereka untuk menyelesaikan krisis ini dan membawa pelakunya ke pengadilan, sambil memuji usaha positif Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam menangani isu Rohingya di forum antarabangsa dan keputusan untuk membawa perkara itu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa.
“Kami berharap negara lain akan menyokong usaha OIC bagi memastikan pelakunya tidak terlepas dengan jenayah kejam yang telah mereka lakukan,” katanya. – SINAR HARIAN
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests