AKTIVIS, AHLI KONGRES AS LANCAR MOGOK LAPAR SEBAGAI SOKONGAN GENCATAN SENJATA GAZA
“Dan kami mengadakan mogok lapar sebagai satu cara untuk menegaskan bahawa rakyat Palestin tidak hanya dibom dan dibunuh tetapi mereka juga sedang kelaparan dan kini di ambang kebuluran.”
WASHINGTON: Sekumpulan ahli kongres, aktivis dan pelakon di Amerika Syarikat (AS) melancarkan mogok lapar lima hari pada Isnin.
Mogok itu diadakan di luar Rumah Putih bagi menggesa gencatan senjata kekal di Gaza, lapor Agensi Anadolu.
Antara peserta mogok ialah pelakon Cynthia Nixon, Ahli Kongres dari New York dan Delaware serta aktivis dari pelbagai organisasi seperti US Campaign for Palestinian Rights (USCPR) dan Jewish Voice for Peace (JVP) selain pemimpin-pemimpin Muslim, Yahudi dan bersekutu terkemuka.
Nixon berkata seminggu selepas cuti Thanksgiving, fokus orang ramai menjadi terganggu dan lebih tertumpu kepada cuti Krismas yang akan datang pada Disember.
Beliau bimbang akibat gangguan itu, momentum untuk menghentikan pengeboman dan pembunuhan di Gaza, sama ada di AS dan secara global mungkin hilang.
“Dan kami mengadakan mogok lapar sebagai satu cara untuk menegaskan bahawa rakyat Palestin tidak hanya dibom dan dibunuh tetapi mereka juga sedang kelaparan dan kini di ambang kebuluran,” katanya kepada Anadolu.
Nixon berkata 70 peratus daripada hampir 15,000 rakyat Palestin yang terbunuh dalam tujuh minggu lepas adalah wanita dan kanak-kanak.
Menurut beliau situasi itu belum pernah berlaku sebelum ini.
“Angka ini jauh lebih ramai berbanding jumlah yang dibunuh oleh AS dan sekutunya dalam perang selama 20 tahun di Afghanistan,” katanya.
Mogok lapar itu dibuat ketika Qatar mengumumkan lanjutan jeda kemanusiaan selama dua hari lagi di Gaza.
Bagaimanapun, peserta mogok lapar percaya jeda kemanusiaan di Gaza perlu dikekalkan
Ahli Kongres New York Zohran Mamdani berkata walaupun beliau mengalu-alukan jeda kemanusiaan dilanjutkan, langkah itu perlu dikekalkan.
“Dunia yang kami perjuangkan adalah apabila setiap keluarga bersatu. Dan satu-satunya cara mencapainya adalah melalui gencatan senjata bukan melalui pengeboman dan perang,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager