Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HOSPITAL AL-SHIFA DI GAZA KEMBALI BEROPERASI

DUNIA

HOSPITAL AL-SHIFA DI GAZA KEMBALI BEROPERASI

Kementerian Kesihatan di Gaza berjaya membuka semula jabatan dialisis di Hospital Al-Shifa di sini walaupun kemudahan itu rosak teruk dalam serbuan tentera Israel.

Sumber Gambar: AFP

BANDARAYA GAZA: Kementerian Kesihatan di Gaza berjaya membuka semula jabatan dialisis di Hospital Al-Shifa di sini walaupun kemudahan itu rosak teruk dalam serbuan tentera Israel.

“Walaupun terdapat banyak kerosakan yang disebabkan oleh penceroboh (Israel) terhadap infrastruktur (hospital)… Kementerian Kesihatan berjaya membuka semula jabatan dialisis dengan usaha yang luar biasa,” menurut kenyataan Kementerian Kesihatan pada Isnin lapor Agensi Anadolu.

Kementerian itu menggesa pesakit dialisis di Bandaraya Gaza dan kawasan-kawasan di utara wilayah terkepung berkenaan untuk mendapatkan rawatan perubatan di  Hospital Al-Shifa.

Tentera Israel berundur dari Hospital Al-Shifa pada 24 Nov selepas menawan kompleks perubatan itu selama 10 hari. Rejim Israel menuduh Hamas menggunakan hospital itu sebagai markas. 

Pada Isnin, Qatar mengumumkan lanjutan jeda kemanusiaan selama dua hari lagi di Gaza.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading