Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AKTIVIS GSF CUBA HALANG KAPAL KARGO BAWA BAHAN API KE ISRAEL

DUNIA

AKTIVIS GSF CUBA HALANG KAPAL KARGO BAWA BAHAN API KE ISRAEL

Kapal itu dikatakan akan berlabuh di Pelabuhan Haifa atau Pelabuhan Ashod, negara haram Israel. 

KUALA LUMPUR: Aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) yang kini sedang berlayar di Lautan Mediterranean dilaporkan melancarkan misi menghalang sebuah kapal kargo milik Mediterranean Shipping Company (MSC) yang didakwa membawa bekalan bahan api menuju ke Israel. 

Menurut sumber aktivis, Ops Maya adalah tindakan sebagai bentuk bantahan terhadap apa yang mereka dakwa sebagai sokongan logistik kepada operasi ketenteraan. 

GSF yang terdiri daripada aktivis dari pelbagai negara menghunakan beberapa kapal kecil untuk menghampiri laluan kapal tersebut di laut terbuka. 

Wakil kumpulan itu menegaskan bahawa misi mereka adalah aman dan bertujuan menyampaikan tekanan moral serta menarik perhatian dunia terhadap isu kemanusiaan. 

Kapal itu dikatakan akan berlabuh di Pelabuhan Haifa atau Pelabuhan Ashod, negara haram Israel. 

Setakat ini tiada pengesahan rasmi daripada pihak MSC atau pihak berkuasa berkaitan dakwaan muatan kapal tersebut. 

Tular video yang dikongsikan peserta GSF yang kini berlayar di Perairan Tunisia menuju Sepanyol, sebelum ke Turkiye dan seterusnya ke Gaza.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading