ALBERT TEI: POLIS BELUM TEMUKAN BUKTI SAHKAN ANGGOTA SPRM ACU SENJATA KETIKA SERBUAN
Polis masih belum menemukan sebarang keterangan dan bukti yang boleh mengesahkan dakwaan berhubung pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengacu senjata dalam kes serbuan dan penahanan ahli perniagaan Albert Tei di rumahnya di Puchong pada 28 Nov lepas.
SHAH ALAM: Polis masih belum menemukan sebarang keterangan dan bukti yang boleh mengesahkan dakwaan berhubung pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengacu senjata dalam kes serbuan dan penahanan ahli perniagaan Albert Tei di rumahnya di Puchong pada 28 Nov lepas.
Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata ia berdasarkan siasatan awal yang dijalankan selepas pihaknya merakam keterangan semua pegawai dan anggota SPRM yang terlibat dalam serbuan itu serta isteri kepada Albert Tei, yang juga pengadu dalam kes berkenaan.
Beliau berkata siasatan masih dijalankan secara terperinci dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu perjalanan siasatan kes itu.
“Banyak saksi telah dipanggil bagi dirakam keterangan dan membantu siasatan, cuma saya tidak boleh dedahkan jumlahnya sekarang. Mohon bagi ruang kepada polis selesaikan siasatan.
“Cuma ahli keluarga pengadu yang belum beri keterangan kerana dipercayai berada di luar kawasan selepas kejadian tetapi mereka telah beri komitmen untuk datang apabila dipanggil kelak,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Shazeli berkata polis turut menerima rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari kediaman terbabit serta rakaman perbualan telefon dan telah diserahkan kepada pihak forensik untuk disemak dan analisa lanjut.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah CCTV yang diterima berikutan siasatan masih berjalan.
“Rakaman berkenaan memang wujud tetapi saya tidak boleh dedahkan sekarang. Kami juga akan memanggil semula pengadu, iaitu isteri Albert Tei bagi mendapatkan keterangan lanjut,” katanya.
Shazeli berkata pihaknya juga membuka satu kertas inkuiri polis bagi menyiasat dakwaan berkenaan.
Sebelum ini, media melaporkan pegawai SPRM yang menjalankan serbuan ke kediaman ahli perniagaan Albert Tei dilengkapi kamera badan termasuk alat rakaman.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki turut dilaporkan berkata pihaknya membuat laporan polis berhubung dakwaan berkenaan agar siasatan dapat dijalankan supaya tiada pihak yang berniat jahat menyebarkan berita tidak sahih berkaitan SPRM.
Azam berkata penahanan Albert Tei dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan selain menafikan berlaku situasi apabila pegawai SPRM mengacukan senjata pada kepala ahli perniagaan itu.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests