ANGKA KORBAN MENINGKAT KEPADA 16 DALAM INSIDEN TEMBAKAN DI BONDI BEACH, SYDNEY
Angka korban akibat insiden tembakan di Bondi Beach, Sydney pada Ahad meningkat kepada 16 orang, dengan seorang bapa dan anak lelakinya dikenal pasti sebagai suspek, lapor Xinhua
SYDNEY: Angka korban akibat insiden tembakan di Bondi Beach, Sydney pada Ahad meningkat kepada 16 orang, dengan seorang bapa dan anak lelakinya dikenal pasti sebagai suspek, lapor Xinhua.
Polis di negeri New South Wales (NSW) memaklumkan pada pagi Isnin bahawa 16 kematian telah disahkan susulan kejadian berkenaan.
Dalam satu kenyataan, polis berkata 14 mangsa maut di lokasi kejadian manakala dua lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.
Mangsa yang terkorban berusia antara 10 hingga 87 tahun, termasuk seorang daripada penyerang.
Seramai 40 orang lagi masih menerima rawatan di hospital setakat pagi Isnin, dengan lima daripada mereka dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
Pesuruhjaya Polis NSW, Mal Lanyon, berkata dalam sidang media pada pagi Isnin bahawa dua suspek terbabit ialah seorang lelaki berusia 50 tahun dan anak lelakinya yang berusia 24 tahun.
Menurut beliau, lelaki berusia 50 tahun itu, yang maut di lokasi kejadian, merupakan pemegang lesen senjata api dan memiliki enam pucuk senjata secara sah.
Insiden tembakan itu berlaku kira-kira 6.47 petang waktu tempatan pada Ahad apabila kedua-dua suspek melepaskan tembakan ke arah orang ramai yang dianggarkan berjumlah sekurang-kurangnya 1,000 orang, yang berhimpun di pantai berkenaan bagi menyambut hari pertama perayaan Yahudi, “Hanukkah”.
Lanyon secara rasmi mengisytiharkan kejadian itu sebagai serangan pengganas pada malam Ahad, sambil menegaskan bahawa siasatan berhubung motif serangan masih diteruskan.
Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, berkata serangan itu merupakan “kejahatan mutlak” dan Australia akan melakukan apa sahaja yang perlu bagi membanteras anti-Yahudi.
“Ia satu wabak dan kita akan membanterasnya bersama-sama,” katanya.
Kejadian itu merupakan insiden tembakan paling berdarah di Australia sejak 35 orang terbunuh dalam tragedi Port Arthur di negeri pulau Tasmania pada 1996, yang kemudiannya mendorong perubahan besar terhadap undang-undang pemilikan senjata api di negara itu.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests