Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AMARAN HUJAN BERTERUSAN DI SARAWAK, SABAH, LABUAN HINGGA 22 DIS – METMALAYSIA

DALAM NEGARA

AMARAN HUJAN BERTERUSAN DI SARAWAK, SABAH, LABUAN HINGGA 22 DIS – METMALAYSIA

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan di Sarawak, Sabah dan Labuan hingga 22 Dis.

Gambar Fail (AFP)

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan di Sarawak, Sabah dan Labuan hingga 22 Dis.

Di Sarawak, amaran hujan berterusan tahap buruk melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu manakala amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan Kapit (Song dan Kapit), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.

Di Sabah pula, amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

Amaran sama turut dikeluarkan kepada Labuan.

Maklumat cuaca terkini boleh didapati melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan.

Talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading