Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AMBIL DOS PENGGALAK VAKSIN COVID-19, SIAP SIAGA SAMBUT HARI RAYA – DG HISHAM

DALAM NEGARA

AMBIL DOS PENGGALAK VAKSIN COVID-19, SIAP SIAGA SAMBUT HARI RAYA – DG HISHAM

KUALA LUMPUR: Orang ramai disarankan untuk mendapatkan dos penggalak vaksin COVID-19 sebagai perlindungan diri dan keluarga.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, langkah tersebut sebagai satu usaha menyambut Hari Raya akan datang.

“Sila dapatkan dos penggalak vaksin COVID-19 untuk perlindungan diri dan keluarga.

“Ia sebagai satu usaha bersama kesiapsiagaan menyambut Hari Raya nanti, InsyaAllah,” menerusi ciapannya di Twitter.

Sementara itu, Noor Hisham memaklumkan setiap vaksin mempunyai kesan sampingan seperti kesakitan otot, demam atau sakit kepala.

Namun, keadaan tersebut bukanlah merupakan satu petanda yang buruk.

“Sedikit ketidakselesaan untuk hasil yang lebih baik, InsyaAllah,” katanya.

Setakat 15 Januari, jumlah kes positif COVID-19 baharu merekodkan sebanyak 3,074 kes sekali gus menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,805,337 kes.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading