Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AMBIL LANGKAH KESELAMATAN SEMASA MUSIM PERAYAAN

DALAM NEGARA

AMBIL LANGKAH KESELAMATAN SEMASA MUSIM PERAYAAN

logo-tnb KUALA LUMPUR, 26 Jun – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihati orang ramai supaya menitikberatkan aspek keselamatan elektrik semasa membuat persiapan untuk sambutan Aidilfitri. Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi) TNB Datuk Ir Mohd Aminuddin Mohd Amin berkata pengguna disarankan mengambil langkah-langkah pencegahan ketika menggunakan peralatan elektrik ketika berada di rumah bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. “Pengguna disarankan tidak membebankan soket dengan menggunakan adapter elektrik secara berlebihan untuk mengelakkan bebanan elektrik yang tinggi sehingga boleh menyebabkan berlakunya gangguan bekalan. “Sekiranya pendawaian elektrik tambahan diperlukan, jangan melakukan sambungan sendiri sebaliknya dapatkan khidmat kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Penggunaan wayar sambungan tambahan harus dijauhi dari kawasan yang berair, orang ramai juga diminta agar tidak membaiki atau mengubah suai peralatan elektrik sendiri, melakukan pemasangan suis elektrik dengan tangan basah dan sentiasa memastikan peralatan elektrik dalam keadaan baik, katanya. BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Continue Reading
You may also like...

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading