Sepasang suami isteri hidup dalam ketakutan selepas diugut beberapa pemberi pinjaman wang secara haram atau “along” kerana tindakan anak lelakinya yang gagal membuat bayaran selepas meminjam wang daripada pihak terbabit.
IPOH: Sepasang suami isteri hidup dalam ketakutan selepas diugut beberapa pemberi pinjaman wang secara haram atau “along” kerana tindakan anak lelakinya yang gagal membuat bayaran selepas meminjam wang daripada pihak terbabit.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Miss Khong, 54, menyatakan dia dan suaminya menerima ugutan termasuk mahu membakar kediaman mereka di Taman Desa Pengkalan selain menyimbah najis ke rumah itu sekiranya tidak membayar pinjaman anak mereka.
“Anak saya berusia 31 tahun sebelum ini memang pernah berhutang dengan along sejak 10 tahun lepas dan sebelum ini kami sudah pernah melangsaikan hutang anak lebih RM5,000 tetapi tabiat meminjam masih berterusan sehingga dia melarikan diri pada 14 April 2021.
“Selepas dia menghilangkan diri, ada beberapa along daripada tiga syarikat menghubungi saya dan menuntut kami menjelaskan hutang berkenaan termasuk ugutan menyebabkan saya terpaksa membuat kenyataan di akhbar mengenai perkara itu, selain laporan di Balai Polis Pekan Baharu kerana tidak tahan dengan gangguan mereka,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Ipoh Timur dekat sini hari ini.
Miss Khong berkata terbaharu pada Rabu lepas, beliau menerima ugutan menerusi panggilan termasuk melalui aplikasi WhatsApp agar melunaskan pinjaman yang dilakukan anaknya yang tidak diketahui jumlah sebenar, atau individu terbabit menularkan muka anaknya.
“Saya merayu kepada individu yang meminjamkan wang kepada anak saya supaya tidak mengganggu keluarga kami memandangkan kami tidak lagi berhubungan dengan anak kami sejak dia menghilangkan diri dua tahun yang lepas.
“Sekarang saya sudah tiada wang untuk membantunya lagi. Saya juga tidak tahu anak saya berada di mana, malah saya bimbang kalau-kalau nyawa saya dan suami terus terancam,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Khas Ahli Parlimen Ipoh Timur Yeong Seng Hoong berkata wanita berkenaan datang membuat aduan ke pejabatnya mengenai perkara itu Rabu lepas.
“Kami nasihatkannya untuk membuat laporan polis dan berharap siasatan polis dapat membantu keluarga ini.
“Dalam kes seperti ini, along sepatutnya mencari penghutang dan bukan secara terus mengganggu ahli keluarga,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests