Connect with us

ALHIJRAH NEWS

ANGGOTA RISIK APMM MAUT KETIKA OPERASI KAWALAN SEMPADAN

DALAM NEGARA

ANGGOTA RISIK APMM MAUT KETIKA OPERASI KAWALAN SEMPADAN

Seorang anggota APMM maut manakala dua lagi cedera ketika menjalankan operasi pemantauan dan kawalan sempadan di Sungai Padang, perairan Kuala Perlis malam tadi.

KANGAR: Seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) maut manakala dua lagi cedera ketika menjalankan operasi di Sungai Padang, perairan Kuala Perlis, malam tadi.

Mangsa dikenal pasti sebagai Laskar Kanan Maritim (Teknikal) Mohd Roshaimi Mohd Ridzuan yang bertugas di Unit Perisikan, Ibu Pejabat Maritim Kedah dan Perlis.

Ketua Polis Daerah Kangar, ACP Yusharifuddin Mohd Yusop mengesahkan kejadian itu berlaku kira-kira jam 11 malam.

Bagaimanapun, beliau berkata maklumat lanjut mengenai kejadian berkenaan hanya akan dikeluarkan pihak APMM.

“Saya hanya boleh sahkan menerima laporan kejadian ini, maklumat lanjut mengenai kejadian ini hanya pihak APMM yang akan keluarkan,” katanya.

Difahamkan, Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan dua cahaya mata masing-masing berusia 14 dan 11 tahun.

APMM dijangka mengadakan sidang media berhubung kejadian itu petang ini. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading