Connect with us

ALHIJRAH NEWS

ANGKARA BULI, EMPAT PELAJAR MRSM DISINGKIR, DUA DIGANTUNG

UTAMA

ANGKARA BULI, EMPAT PELAJAR MRSM DISINGKIR, DUA DIGANTUNG

Empat daripada enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor yang terlibat dalam kes buli telah disingkirkan, manakala dua lagi digantung sekolah, kata Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

KUALA LUMPUR: Empat daripada enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor yang terlibat dalam kes buli telah disingkirkan, manakala dua lagi digantung sekolah, kata Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Menerusi hantaran di Facebook, Asyraf Wajdi berkata keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) MRSM yang bersidang hari ini.

Beliau berkata dua lagi pelajar digantung sekolah sehingga pihak polis mengesahkan hasil siasatan sama ada mereka turut melakukan sentuhan fizikal terhadap mangsa.

“Allah sahaja yang tahu perasaan saya apabila enam pelajar diambil oleh ibu bapa masing-masing pagi tadi setelah JDM MRSM bersidang dan memutuskan untuk singkir mereka kerana kes buli.

“Namun, amaran berulang kali diberikan. #YouTouchYouGo,” katanya.

Dalam hantaran sama, beliau berkata pelajar-pelajar junior yang didakwa membawa barang terlarang turut disiasat.

“Apa juga kesalahan yang dibuat oleh junior tidak sesekali menghalalkan perbuatan buli dengan mengambil tindakan sendiri menghukum pelajar-pelajar terbabit.

“Apa-apapun saya juga ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada pihak Bahagian Pendidikan Menengah MARA dan Jawatankuasa Disiplin Maktab kerana mengambil tindakan segera dengan membuat siasatan dan mengadakan mesyuarat dalam tempoh 24 jam sebagaimana arahan saya,” katanya.

Pada Ahad, polis menahan enam pelajar lelaki berusia 17 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes buli membabitkan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun di sebuah MRSM di Muar pada Mei lalu. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading