Connect with us

ALHIJRAH NEWS

KANAK-KANAK AUTISTIK HILANG DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA DI KEBUN KELAPA SAWIT

UTAMA

KANAK-KANAK AUTISTIK HILANG DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA DI KEBUN KELAPA SAWIT

Seorang kanak-kanak lelaki OKU autisme berusia enam tahun yang dilaporkan hilang sejak petang semalam ditemukan meninggal dunia di dalam parit di kawasan kebun kelapa sawit.

IPOH: Seorang kanak-kanak lelaki orang kurang upaya (OKU) autisme berusia enam tahun yang dilaporkan hilang sejak petang semalam ditemukan meninggal dunia di dalam parit di kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Baru, dekat Sungai Sumun, Hutan Melintang, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat daripada polis mengenai kehilangan kanak-kanak itu pada 6.24 petang sebelum sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang digerakkan ke lokasi kejadian.

Menurut beliau, ketua operasi dimaklumkan bahawa bapa mangsa menyedari kehilangan anaknya selepas mendapati kanak-kanak itu tiada di dalam rumah, manakala pintu hadapan rumah berada dalam keadaan terbuka.

“Usaha pencarian awal telah dilakukan oleh bapa mangsa di sekitar rumah serta kawasan kebun kelapa sawit berhampiran namun gagal menemui mangsa.

“Laporan polis mengenai kehilangan kanak-kanak tersebut telah dibuat pada 3.30 petang semalam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa ditemukan oleh orang awam pada 10.08 malam ketika operasi mencari dan menyelamat dijalankan.

Katanya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya kira-kira jam 11 malam.

Sementara itu, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bagan Datuk memaklumkan mangsa merupakan seorang kanak-kanak OKU autisme.

Menurut kenyataan itu, mangsa ditemukan oleh penduduk kampung kira-kira 330 meter dari rumahnya sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak forensik. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading