Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ANGKAT SUMPAH MENTERI, TIMBALAN KABINET KERAJAAN MADANI ESOK – PM ANWAR

DALAM NEGARA

ANGKAT SUMPAH MENTERI, TIMBALAN KABINET KERAJAAN MADANI ESOK – PM ANWAR

Upacara angkat sumpah jawatan menteri dan timbalan menteri dalam Kabinet Kerajaan MADANI akan diadakan di Istana Negara esok, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumber: BERNAMA

PUTRAJAYA: Upacara angkat sumpah jawatan menteri dan timbalan menteri dalam Kabinet Kerajaan MADANI akan diadakan di Istana Negara esok, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenan untuk acara angkat sumpah diadakan pada 10 pagi. 

“Mesyuarat Jemaah Menteri pula akan diteruskan pada 2.30 petang esok,” katanya dalam sidang media pengumuman anggota Kabinet Kerajaan MADANI, di sini hari ini.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, merakamkan penghargaan kepada barisan menteri dan timbalan menteri yang menyumbang bakti dalam Kabinet Kerajaan MADANI sebelum ini.

“Penghargaan kepada rakan-rakan menteri dan timbalan menteri yang telah menyumbangkan tenaga bakti melalui kementerian dan kepada negara sebelum ini,” katanya. 

Terdahulu, Anwar mengumumkan pelantikan menteri baharu serta pertukaran beberapa portfolio dalam Kabinet Kerajaan MADANI.

Beliau berkata pelantikan dan rombakan itu dilaksanakan bagi menumpukan perhatian kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih segar serta menyelesaikan permasalahan rakyat.

Rombakan Kabinet sulung Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar dilaksanakan pada Disember 2023.

Sebelum ini, Kabinet Kerajaan MADANI menyaksikan empat kekosongan portfolio menteri, iaitu jawatan Menteri Ekonomi yang disandang Datuk Seri Rafizi Ramli, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad serta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick yang kosong susulan peletakan jawatan mereka. 

Sementara itu, jawatan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri yang disandang Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, kosong selepas beliau tamat tempoh pelantikan sebagai Senator.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading