Connect with us

ALHIJRAH NEWS

AMERIKA SYARIKAT MUNGKIN AMPUNKAN JHO LOW, TETAPI MALAYSIA TIDAK

UTAMA

AMERIKA SYARIKAT MUNGKIN AMPUNKAN JHO LOW, TETAPI MALAYSIA TIDAK

Walaupun terdapat desas-desus Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bakal memberi pengampunan kepada Jho Low, namun Malaysia tetap kekal dengan pendirian berasaskan kedaulatan undang-undang.

KUALA LUMPUR: Malaysia kekal dengan pendirian berasaskan proses perundangan terhadap ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, meskipun terdapat laporan beliau berkemungkinan menerima pengampunan daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebarang keputusan yang dibuat oleh AS berhubung perkara itu adalah urusan negara berkenaan dan tidak akan menjejaskan pendirian Malaysia.

“Pendirian Malaysia jelas, kita ikut jalur hukum. Itu soal keputusan negara Amerika Syarikat, urusan mereka. Tapi pendirian kita tidak terpengaruh, terganggu atau tergugat oleh keputusan Amerika Syarikat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid As-Sodiqin, Taman Kobena, hari ini.

Sebelum ini, media antarabangsa melaporkan Jho Low merupakan antara kira-kira 250 individu yang sedang dipertimbangkan untuk menerima pengampunan daripada Trump sempena sambutan ulang tahun ke-250 Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat, esok.

Dalam perkembangan lain, Anwar berkata beliau mengambil maklum mengenai penyaluran dana RM1 juta daripada Amerika Syarikat bagi projek restorasi Tugu Negara sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-70 pada tahun hadapan. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading