Helikopter Sea Hawk bersedia untuk mendarat di dek penerbangan kapal USS Abraham Lincoln di Laut Adriatik yang memisahkan Semenanjung Itali dan Balkan pada awal bulan lalu.
WASHINGTON – Rumah Putih
dilaporkan sedang mengkaji rancangan untuk menghantar sehingga 120,000 tentera
ke Timur Tengah yang mendekati skala pencerobohan Amerika Syarikat (AS) ke atas
Iraq pada 2003.
Kelmarin, New York Times memetik
kenyataan pegawai keselamatan melaporkan, pelan itu akan diteruskan jika Iran
melancarkan serangan ke atas angkatan tentera AS atau meningkatkan program
senjata nuklear mereka.
“Rancangan itu tidak menyatakan
sama ada tentera AS akan menyerang Teheran atau tidak,” lapor akhbar itu lagi.
Sebelum ini, kira-kira 130,600
tentera dikerah ketika pencerobohan AS di Iraq.
Rangka tindakan itu adalah versi
terbaharu operasi perang siber digelar ‘Nitro Zeus’ yang akan menyasarkan grid
tenaga dan tentera Iran.
Sinar Harian yang memetik laporan agensi berita menyebtkan beberapa pegawai tentera mendakwa pelan itu telah dikemaskini sejak beberapa tahun lalu dan perubahan terkini dipengaruhi Penasihat Keselamatan Negara, John Bolton.
Pelan itu didedahkan di
tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat antara AS dan Iran.
Minggu lalu, Presiden Iran,
Hassan Rouhani menegaskan akan menggantung dua komitmen dipersetujui dengan
kuasa dunia di bawah perjanjian Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA).
Ia selepas Presiden Donald Trump
menarik diri daripada perjanjian pada 2015 itu selain mengenakan sekatan
tambahan ke atas Teheran yang memberi impak besar kepada ekonomi negara itu.
Awal Mei lalu, pegawai pertahanan
di Washington juga menyebut tentang petunjuk ancaman Teheran yang boleh
dipercayai dan maklumat risikan Israel tentang serangan berpotensi ke atas kepentingan
AS yang mencetuskan ‘perang retorik’ Bolton ke atas Iran.
Sebagai langkah berjaga-jaga, AS
bertindak menempatkan beberapa aset ketenteraan mereka termasuk pesawat
pengebom kononnya untuk menghantar mesej jelas kepada Iran.
EU beri amaran
Kesatuan Eropah (EU) menggesa
Iran dan AS mengelakkan sebarang peningkatan konflik ketenteraan selepas
Washington terus memberi tekanan kepada Teheran.
Ketua Dasar Luar, Federica
Mogherini membuat gesaan itu selepas sidang kemuncak bersama para menteri anggota
blok terbabit di Brussels kelmarin yang turut disertai Setiausaha Negara AS,
Mike Pompeo yang menjadi antara individu memberi tekanan maksimum kepada Iran.
“Pompeo mendengar dengan jelas daripada kami semua. Seperti yang anda sedia maklum, EU sentiasa menggalakkan dialog dan penglibatan usaha diplomatik. Ini adalah komitmen kami dan apa yang kami amalkan termasuk bersama Iran,” tegasnya.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests