Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AS SUMBANG SATU JUTA DOS VAKSIN PFIZER KEPADA MALAYSIA

DALAM NEGARA

AS SUMBANG SATU JUTA DOS VAKSIN PFIZER KEPADA MALAYSIA

PUTRAJAYA: Amerika Syarikat (AS) akan menyumbang satu juta dos vaksin COVID-19 jenis Pfizer kepada Malaysia, esok.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, sumbangan tersebut dapat meningkatkan proses vaksinasi kepada rakyat Malaysia dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Selain vaksin, Amerika Syarikat melalui kedutaannya di Kuala Lumpur turut telah menghulurkan pelbagai bentuk bantuan dan sumbangan kepada Malaysia sejak pandemik melanda tahun lalu.

“Ini termasuklah kelengkapan perubatan, pakaian pelindung diri (PPE) dan alatan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dengan nilai sebanyak USD 250,000 (RM1.04juta),” katanya.

Beliau mewakili kerajaan Malaysia menghargai serta berterima kasih kepada rakan sejawatnya, Antony Blinken serta kerajaan AS atas sumbangan vaksin COVID-19 tersebut.

“Malaysia amat menghargai sokongan Amerika Syarikat setakat ini dan berharap hubungan yang erat serta mesra antara kedua-dua negara akan terus diperkukuhkan demi manfaat bersama,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading