Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ANGGOTA POLIS DISIASAT MINTA WANG SOGOKAN

DALAM NEGARA

ANGGOTA POLIS DISIASAT MINTA WANG SOGOKAN

KLANG: Polis membuka kertas siasatan tatatertib terhadap anggotanya yang disyaki meminta wang sogokan daripada seorang pemilik pikap di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Nurulhuda Mohd Salleh berkata, kertas siasatan itu dibuka selepas pihaknya mengesan video yang dimuatnaik seorang pengguna Twitter memaparkan tingkah laku anggota tersebut.

“Kami mengenalpasti pelaku iaitu anggota terbabit dalam insiden itu dan satu kertas siasatan tatatertib dibuka ke atas anggota berkenaan.

“Polis menyeru supaya pemilik akaun media sosial atau individu mempunyai maklumat lanjut supaya menghubungi Balai Polis Klang Utara untuk membantu siasatan,” katanya dalam hantaran di Facebook Polis Daerah Klang Utara, hari ini.

Sebelum ini tular sebuah video menunjukkan dua anggota polis menahan seorang lelaki di tepi jalan dan disyaki meminta wang daripada pemilik kenderaan tersebut.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading