AZALINA PENASIHAT KHAS PM

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said dilantik sebagai Penasihat Khas (Undang-undang dan Hak Asasi) kepada Perdana Menteri.

Bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu difahamkan telah menerima surat pelantikan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis lalu.

Azalina memaklumkan beliau akan berusaha menggalas tugas itu dengan baik demi negara.

“Terima Kasih Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas kepercayaan. InsyaAllah dengan kudrat yang ada saya akan lakukan yang terbaik demi negara,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.–AlHijrah Online

Leave a Reply