Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENDAKWAH DIPANGGIL SEMULA POLIS BANTU SIASATAN KES GANGGUAN SEKSUAL

DALAM NEGARA

PENDAKWAH DIPANGGIL SEMULA POLIS BANTU SIASATAN KES GANGGUAN SEKSUAL

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah memanggil semula seorang pendakwah dan isterinya bagi membantu siasatan kes gangguan seksual.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, individu tersebut telah dipanggil ke ibu pejabat PDRM semalam.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan menyebarkan apa-apa juga bahan di mana-mana platform bagi mengelakkan sebarang spekulasi dan provokasi sehingga menjejaskan siasatan pihak polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini polis mengesahkan telah membuka satu kertas siasatan susulan video dan mesej lucah yang tular dalam aplikasi Telegram didakwa melibatkan seorang pendakwah terkenal.

Siasatan kes itu dijalankan di bawah tiga seksyen iaitu Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.- AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading