Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BANGUNAN MELETUP, 10 MAUT DI UTTAR PRADESH

DUNIA

BANGUNAN MELETUP, 10 MAUT DI UTTAR PRADESH

UTTAR PRADESH : Letupan sebuah bangunan berlaku di utara India mengakibatkan sekurang-kurangnya 10 maut, demikian menurut laporan agensi berita ANI.

Jumlah korban maut akan meningkat kerana masih terdapat lagi mangsa yang dikhuatiri terperangkap, kata jurucakap pasukan kepada agensi.

Operasi menyelamat kini masih dijalankan bagi membantu mangsa-mangsa yang masih terperangkap. Sebuah siasatan juga turut dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Sementara itu, Ketua Menteri, Yogi Adityanath telah menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mereka yang meninggal dunia.

“Semua pegawai diarahkan segera memberikan bantuan termasuk bantuan perubatan kepada orang mangsa yang cedera.

“Semua bantuan harus diberikan kepada keluarga mangsa kemalangan,” kata Yogi Adityanath.

Menurut ANI, bangunan dua tingkat itu dipercayai runtuh akibat letupan silinder. — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading