Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SAIED UMUM MENANG PRESIDEN TUNISIA

DUNIA

SAIED UMUM MENANG PRESIDEN TUNISIA

TUNIS : Calon bebas, Kais Saied pada Ahad petang telah mengumumkan bahawa beliau memenangi pusingan kedua pilihan raya presiden Tunisia.

“Negara akan terus mematuhi undang-undang antarabangsa dan memenuhi obligasinya,” kata Saied ketika berucap kepada penyokongnya selepas keputusan awal pilihan raya presiden yang menunjukkan kemenangan beliau.

“Hari ini, kita cuba membina Tunisia baharu berdasarkan amanah dan tanggungjawab,” kata Saied.

Menurut satu tinjauan yang dikeluarkan, Sigma Conseil pada Ahad, Saied yang meraih 76.9 peratus undi, menewaskan Nabil Karoui, pemimpin Parti Heart of Tunisia yang hanya mendapat 23.1 peratus undi.

Kemenangan Saied disahkan oleh Emrod Consulting, syarikat yang mengkhusus dalam tinjauan pendapat di Tunisia.

Kejayaan Saied diraikan oleh penyokong beliau di depan ibu pejabat dan mereka turun ke jalanan sambil bersorak dan melaungkan slogan kemerdekaan.

Menurut Pihak Berkuasa Tinggi bagi Pilihan Raya Bebas Tunisia (ISIE) kadar penyertaan nasional dalam pusingan kedua pilihan raya presiden ialah 57.8 peratus selepas selesai 70 peratus proses penjumlahan undi.

“Di luar negara, kadar penyertaan ialah 23.5 peratus,” kata ISIE

Beberapa pusat mengundi di luar negara akan ditutup pada awal Isnin ini, menurut Nabil Baffoun. Keputusan rasmi akan diumumkan pada Isnin.

Presiden sementara Tunisia Mohamed Ennaceur berkata negara itu kini bergerak ke arah tahap sukar yang memerlukan tindakan diambil dan pembaharuan dimulakan melalui konsensus luas dan penyertaan pelbagai pihak.

“Ia turut memerlukan solidariti antara kategori sosial yang berbeza,” katanya.

Ennaceur memberitahu media tempatan bahawa situasi dalam negara memerlukan kewujudan satu dialog nasional yang menyatukan semua pihak dan organisasi. — AGENSI


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading