BAITULLAH BERTEMU KEMBALI TEMA KEMPEN HAJI TV ALHIJRAH
Menggalas tanggungjawab besar sebagai stesen televisyen yang mempromosikan gaya hidup Islam, TV AlHijrah sentiasa meletakkan kepentingan dakwah Islamiah sebagai roh dan orientasi penyiarannya.
KUALA LUMPUR: Menggalas tanggungjawab besar sebagai stesen televisyen yang mempromosikan gaya hidup Islam, TV AlHijrah sentiasa meletakkan kepentingan dakwah Islamiah sebagai roh dan orientasi penyiarannya.
Ia termasuk meletakkan komitmen untuk menjadi stesen televisyen utama negara yang meraikan hari kebesaran Islam menurut sunnah Rasulullah SAW.
Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah Namanzee Harris berkata, TV AlHijrah masih mengekalkan tradisi sebagai sebuah stesen televisyen utama di Malaysia yang meraikan hari kebesaran Islam dengan penuh barakah.
“TV AlHijrah memilih untuk meraikan Zulhijah secara umumnya dan Aidiladha secara spesifiknya dengan melancarkan kempen Program Haji 1443H bermula 20 Jun 2022 hingga 13 Julai 2022.
“Pada tahun ini, tema Baitullah Bertemu Kembali diangkat menjadi latar, tema dan panduan kepada kandungan yang ditayangkan di stesen ini sepanjang kempen Haji 1443H berlangsung.
“Tema tersebut jelas menyatakan objektif penyiaran kami sepanjang Zulhijah ini iaitu menjadi stesen pemangkin inspirasi yang mendorong keinginan penonton semua untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah apabila berkemampuan,” katanya dalam Majlis Sidang Media Pelancaran Kempen Haji 1443H.
Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris.
Namanzee berkata, cabaran saban tahun dalam mencorak arah serta hala tuju program-program yang terbaik dan menarik untuk disajikan buat penonton tidak pernah mematahkan semangat stesen TV AlHijrah untuk terus berbakti kepada penonton.
“Jumlah tontonan TV AlHijrah pada kempen Haji 1442H yang lalu iaitu pada tahun 2021 adalah sebanyak 3.3 juta tontonan. Jumlah ini amat memberangsangkan bagi stesen berkonsepkan Islam seperti kami.
“Jumlah tontonan ini juga telah menjadi pemangkin semangat serta suntikan motivasi untuk kami menghidangkan lebih banyak program menarik dan berkualiti pada tahun ini yang merangkumi program-program keagamaan, bual bicara, dokumentari, program masakan, rancangan khas seperti kapsul serta lintas langsung dari Mekah Al Mukarramah,” ujarnya.
Dalam pada itu, TV AlHijrah akan membariskan sembilan program menarik dan terbaharu yang disediakan khas buat santapan rohani penonton di samping program-program sedia ada.
Saksikan bual bicara secara langsung “Labbaikallah” yang telah memasuki tahun kesepuluh siaran yang bakal dikemudi oleh Prof. Madya Datuk Dr Mohd Farid Ravi Abdullah dan Ustaz Azhar Ghazali.
Sembang Haji yang membincangkan isu-isu haji dan menjawab persoalan serta tanda tanya dalam kalangan masyarakat, Tangisan Di Baitullah yang memaparkan seleksi kisah penghijrahan mereka yang rindu untuk meratap dan bermuhasabah diri di Baitullah untuk dijadikan pedoman penonton.
Paling istimewa, TV AlHijrah bakal menyiarkan Munajat Arafah yang akan bersiaran secara langsung selama 17 jam bermula seawal 5 pagi hingga 10 malam bersempena hari Arafah selain rancangan Peristiwa Arafah yang memberikan gambaran kepada penonton kehidupan di Padang Mahsyar serta ibrah daripadanya.
Program-program menarik lain yang turut disusun khas adalah seperti Musafir Agung, Seikhlas Hati, program masakan Camca, Riwayat Akhir Zaman dan Interaktif Haji.
Sementara itu, rancangan-rancangan menarik Kempen Haji 1443H di TV AlHijrah turut boleh dinikmati menerusi aplikasi telefon bimbit stesen ini yang dikenali sebagai AlHijrah Plus dengan lebih 5,000 program ilmu pendidikan serta hiburan berlandaskan Islam dapat ditonton bila-bila masa dan di mana sahaja.
Namanzee juga menyeru masyarakat Malaysia untuk sama-sama menyebarluas serta mempromosikan program-program haji di TV AlHijrah serta menontonnya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked