KUALA LUMPUR: Penumpang KTM Komuter laluan Lembah Klang boleh menikmati perkhidmatan itu secara percuma selama sebulan bermula hari ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ketika mengumumkan berita gembira itu, beliau berkata selain mengurangkan kos hidup rakyat, pemberian tambang percuma juga bertujuan mengurangkan kesesakan jalan awam.
“Seperti saya umumkan, kerajaan akan berikan tambang percuma selama sebulan untuk semua perkhidmatan pengangkutan awam kendalian RapidKL.
“Selain RapidKL, KTM Komuter di bawah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) laluan Lembah Klang juga akan dapat tambang percuma selama sebulan,” katanya pada sidang media selepas menaiki Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya Fasa Satu dari Stesen Kampung Batu ke Stesen Sri Damansara Sentral di sini hari ini.
Terdahulu, ketika berucap melancarkan MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu di Stesen Kampung Batu, Ismail Sabri mengumumkan perkhidmatan percuma bagi semua pengangkutan awam di bawah kendalian RapidKL merangkumi MRT, Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Bas (BRT), monorel serta bas RapidKL selama sebulan bermula hari ini.
Menjelas lanjut, Perdana Menteri berharap pengguna akan menggunakan pengangkutan awam bukan hanya sepanjang tempoh pemberian tambang percuma, tetapi setiap masa kerana ia dapat menjimatkan masa perjalanan ke sesuatu destinasi.
Beliau berkata kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM155 juta untuk pemberian tambang percuma masing-masing RM140 juta untuk semua perkhidmatan pengangkutan awam di bawah RapidKL dan RM15 juta bagi KTM Komuter laluan Lembah Klang.
Ditanya jika kerajaan akan memberikan harga istimewa bagi tambang pengangkutan awam selepas tambang percuma tamat, Ismail Sabri berkata ia akan diputuskan selepas tempoh sebulan berakhir.
Mengenai status MRT Laluan Putrajaya Fasa Dua, Ismail Sabri berkata pembinaannya kini pada tahap 98.3 peratus dan dijangka boleh dilancarkan pada Januari atau Februari tahun depan.
MRT Laluan Fasa Satu melibatkan perjalanan dari Kwasa Damansara hingga Kampung Batu.
Laluan Fasa Dua akan melalui kawasan strategik termasuk Pusat Bandar Kuala Lumpur dengan stesen bawah tanah seperti Titiwangsa, Hospital Kuala Lumpur, Ampang Park, Persiaran KLCC dan Tun Razak Exchange (TRX).–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager