BAITULMAQDIS BUKAN UNTUK DIJUAL: ERDOGAN

ANKARA: Pelan damai timur tengah Amerika Syarikat (AS) adalah “projek penjajahan”, kata Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Berucap pada Anugerah Media Anatolian Ke-5 di sini semalam, agensi berita Anadolu melaporkan Erdogan menegaskan, “Baitulmaqdis bukan untuk dijual”.

Mengecam pelan damai dipanggil “Perjanjian Abad Ini”, Presiden Turki itu berkata, “Baitulmaqdis adalah garis akhir bagi kita”.

Presiden AS, Donald Trump mengumumkan pelan damai itu di Rumah Putih pada Selasa lalu yang konon-kononnya bertujuan menyelesaikan pertikaian Israel-Palestin dengan kehadiran Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu tanpa kehadiran pemimpin Palestin.

Pada pengumuman itu, Trump turut merujuk Baitulmaqdis sebagai “ibu kota Israel yang tidak dibahagikan”.

Pelan damai Trump itu menghapuskan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung isu Palestin dan memberikan hampir kesemua apa yang dituntut Israel. — Terjemahan AlHijrah Online

Leave a Reply