GOMBAK: Sebuah bangunan stor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, separa musnah akibat kebakaran, malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian sekitar jam 9:03 malam.
Katanya seramai enam orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang telah dikerahkan ke lokasi kejadian sejauh 16 kilometer (km).
“Setibanya di lokasi, didapati sebuah stor berkeluasan 15 x 10 kaki per segi jenis kelas A telah terbakar.
“Anggaran peratusan kebakaran sebanyak 50 peratus dan api telah berjaya dipadamkan sebelum pihak bomba sampai,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.—AlHijrha Online